“Hari Tu Pernah KrltikaI 90% Bergantung Pada Mesin” – Tunjuk Peningkatan Positif, Abby Abadi Harap Semua Terus Doakan Anaknya

Pelakon Abby Abadi berkongsi perkembangan terkini anaknya, Muhammad Danial Firman Faizal yang dilahirkan pr@matang pada 27 September lalu.

Menurut Abby, pada awal kelahiran berat Danial hanya 535 gram (gm) berbeza selepas 16 hari kerana sudah meningkat 600 gm.

“Muhammad Danial Firman Faizal. Sempat mama scan 6D sebelum terberanak hihi. Sekarang dah lahir dia.

“Keluar pramatang 24 minggu dengan berat 535gm. Minggu pertama turun 470gm, sekarang 16 hari dah naik 600gm, sekelip mata segalanya berlaku. Rasa macam masih bermimpi pun ada.

“Yer hari ni hari ke 16 dah. Ya Allah hebat terus ye anak mama abah. Terus kuat dan bertahan ok.

“Mama dah ada set bantal dia pastu nanti mama nak buat cantik-cantik, nak hias comel-comel katil dia untuk sambut dia balik ye hehe. Amin amin semoga Allah permudahkan,” kongsi Abby.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya hari semalam.

Bercerita mengenai perkembangan bayi mereka, Abby memberitahu anaknya itu sudah menunjukkan peningkatan positif malah tidak sepenuhnya bergantung pada mesin pernafasan.

“Tadi pagi-pagi lagi mama dan abah @jaiezzany dah jenguh baby Danial. Hantar susu, urut dan sembang-sembang lagi hihi.

“Hari tu pernah krltikal 90 peratus bergantung pada mesin kan? Lepas tu turun 65 peratus. Hari ni dah turun lagi 50 peratus. Berkat doa semua. Syukur.

“Terus mendoakan baby Danial saya ye. Kami sayang dia sangat! Dan saya tahu ada ramai juga sahabat-sahabat disini yang sayang pada baby Danial kan walaupun tak pernah tengok.

“Tadi jumpa d0ktor pun, dah lain dah cara d0ktor bercerita tentang baby Danial. Kuat anakku sayang,” tulisnya lagi.

Abby melahirkan bayinya itu ketika usia kandungan enam bulan.

Dia terpaksa melahirkan bayinya menerusi proses pembedahan pada 27 September lalu selepas mengalami ‘turun d@rah’ kerana bacaaan d@rah tinggi yang meningkat.

Pada tahun 2017, Abby pernah mengalami kegvgvran ketika usia kandungannya berusia lima bulan.

Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.

Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#PeringatanBersama Apa sahaja yg kita lakukan, Bawalah ALLAH bersama. Dulukan DIA dalam setiap perkara…. Bila kita berkehendak, Kita selalu berharap ALLAH tunaikan segala permintaan kita.. Tapi kita? selalu ingkar dengan perintahNYA. Hal2 agama, berat je nk ikut, berat je nk langkahkan kaki tu ke masjid, kuliah.. @ mana2 kan? ambil depan mata, lebih kurang je… Hal dunia? Hujung dunia pun sanggup pergi,berbulan2 tak balik rumah pun takpe… ALLAH sentiasa memerhati…, sabar dengan karenah kita. Tetapi kita? sentiasa mengeluh apabila diuji. ALLAH selalu ada bersama dengan kita dalam apa jua situasi. Tetapi, kita? adakah sentiasa bersama dengan ALLAH setiap masa? Kita hanya ingat ALLAH masa kita susah. Bila senang, kita lupa ALLAH. Allahurobbi…. Semoga kita semua di lindungi & dijauhkan dari sifat2 yg merugikan itu…… #ALLAH #Muhammad #ALQURAN #ISLAM #Mukmin #Deen #Ummah #Syurga ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

A post shared by Abby Abadi  (@abby_abadi) on

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*