Kejayaan dan kemewahan hidup yang dimiliki hari ini, tidak pernah melalaikan pelawak Shuib Sepahtu.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Mohamad, yang mula mencipta populariti selepas memenangi program realiti Raja Lawak pada 2009, sentiasa mengingatkan diri dari mana asal usulnya.
Malah Shuib masih mengingati rumah kayu, tempat dia dilahirkan dan dibesarkan sebelum ini.”Dari umur lapan bulan sampai umur 17 tahun, ni lah rumah saya dibesarkan. Air ambil tiap-tiap petang pakai baldi, mandi dekat parit, tandas luar rumah, tidur pakai kelambu, lampu pakai pelita, motor tak ada tapi yang ada cuma basikal.
Leave a Reply