Sama Tapi Tak Serupa..Mira Filzah Ada Iras Neelofa?

Ketika Miss K sedang gigih menggoreng keropok keping untuk dibuat kudapan bersempena konsert pertama Gegar Vaganza 2019 malam tadi, peti e-mel Miss K berbunyi.

Rupanya, ada satu e-mel baru kiriman seorang pembaca bernama Asmah.

Pembaca itu hanya memberikan empat keping foto screen shot komen-komen netizen di laman Twitter.

Subjek yang diperkatakan ialah mengenai pelakon Mira Filzah dan pengacara Neelofa.

“Miss K, komen sikit please,” tulisnya ringkas.

Bagi Miss K, mungkin gaya fesyen yang ditampilkan Mira agak serupa dengan Neelofa.

Apa yang Miss K tahu, penata gaya terkenal, Abu Shaef Hamza yang sering bekerjasama dengan Neelofa kini turut menjadi penata gaya Mira.

Mungkin sebab tu fesyen mereka kelihatan sama kot. Sama tapi tak serupa gitu.

Bagi Miss K sendiri, mari kita pandang dari sudut positif.

Mira cantik, Neelofa cantik, kedua-duanya jelita.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Vibes in Nice are pure bliss

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

Ada kelebihan masing-masing dan pastinya ada kekurangan yang kita sendiri tak tahu.

Tak salah pun kalau ada gaya atau penampilan yang serupa.

Bagi Miss K, apa yang patut ditiru bukanlah gaya Neelofa.

Tapi, kita harus meniru usahanya untuk berjaya dan terus berjaya.

Lihat sahaja usaha Neelofa untuk memperkenalkan namanya di persada antarabangsa serta perniagaannya yang berkembang maju, itu yang harus dijadikan contoh.

Tak gitu?

Miss K: Best betul Gegar Vaganza 2019 malam tadi. Miss K dah tentu-tentu team Sham Visa yang serba elok tu!

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*