Putus Cinta Ketika Belajar, Najwa Latif Buktikan Dia Mampu Bangkit

Biarpun pernah melalui peristiwa putus cinta ketika menyambung pelajaran, namun penyanyi Najwa Latif membuktikan ia bukan alasan untuk dia putus asa.

Malah, menerusi posting terbarunya, Najwa berkongsi momen indah apabila dia akhirnya menamatkan pengajian dalam bidang Pendidikan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di peringkat sarjana di Universiti Malaya.

“M. Ed TESL, checked,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku itu.

Rata-rata mereka menjadikan Najwa sebagai inspirasi untuk menyambungkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Terdahulu, Najwa pernah berkongsi kisah apabila melalui peristiwa putus cinta ketika sedang menyambung pelajaran dalam bidang sarjana namun kembali bangkit mengejar cita-citanya.

“Saya putus cinta ketika menyambung master. Itu menerangkan segalanya tentang saiz badan saya yang anda selalu sangat disebut-sebut tu.

“Tapi, Tuhan berikan peluang untuk bernafas dan cuba jadi lebih baik lagi, keluarga yang percaya saya ketika saya tak percayakan diri sendiri.

Untuk rekod, Najwa menyambung pengajian dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua di Universiti Malaya sejak dua tahun lalu.

Sebelum itu, Najwa bergraduasi dalam jurusan sama dari Universiti Antarabangsa Unitar pada 2017.

Difahamkan Najwa  kini juga bertugas sebagai pensyarah di sebuah universiti swasta.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

My reaction when I can stop thinking about belajar for at least a year from now. Hihi.#umconvo2019

A post shared by OfficialNajwaLatif (@njwalatif) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*