Jepun DiIanda Banjir, Ramai Puji Air Jernih Tak Nampak Sebarang Sampah!

Taufan Hagibis yang melanda Jepun baru-baru ini turut mengakibatkan banjir di bandar tertentu. Angin kuat yang melanda itu juga memberi kesan kepada penduduk sekitar dalam menjalani aktiviti harian mereka.

Namun di sebalik keprihatinan dunia dengan bencana alam yang berlaku pada negara matahari terbit itu, ada sesuatu perkara yang menarik dan unik menjadi tarikan sehingga ia tular di sosial media.

Dua foto yang memaparkan rumah di Jepun ditenggelami banjir dan airnya yang bersih menjadi perhatian ramai. Bukan sahaja airnya yang tidak berwarna ‘teh susu’ tapi tiada sebarang sampah yang nampak timbul di sekitar air banjir tersebut.

Berikut adalah foto yang tular sejak dua hari lalu:

Hasil dari perkongsian oleh seorang pengguna Twitter ini, rata-rata netizen memuji penduduk negara Jepun kerana terbukti mereka sangat menjaga kebersihan sehinggakan banjir melanda dan airnya nampak jernih.

“Kerana mereka sangat menjaga kebersihan lingkungan”

“Kalau kat Malaysia dah macam teh tarik”

“Air banjir pun bersih!”

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Twitter via HCL

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*