Pelajar Di Jepun Ni Dapat Markah Tinggi Biarpun Hantar Kertas Jawapan Kosong

Hujung tahun adalah waktu paling sibuk bagi mereka yang bergelar pelajar. Peperiksaan akhir tahun atau peperiksaan awam utama menjadi tanda aras tahap kefahaman mereka sepanjang tahun belajar harus diduduki.

Selepas peperiksaan pastinya menunggu keputusan adalah waktu yang paling mendebarkan sekali. Namun tidak bagi seorang pelajar di Jepun ini.

Menerusi laporan BBC, pelajar kelas sejarah ninja ini mendapat markah tinggi biarpun menghantar ‘esei kosong’.

Memang agak aneh ya? Hebat taktik pelajar ini yang bernama Eimi Haga. Profesor yang menyemak kertas jawapan pelajar berkenaan mendapati ia ditulis dengan dakwat halimunan.

Menurut gadis berusia 19 tahun ini dia mempelajari kaedah tersebut ketika kecil melalui buku. Dia menggunakan teknik tersebut selepas profesor memberitahu akan memberikan markah tinggi bagi kreativiti.

Teknik ‘aburidashi’ yang digunakan Eimi Haga ini adalah salah satu kaedah yang dipakai oleh ninja. Teknik yang memerlukan penggunaan kacang soya yang dihancurkan selama berjam-jam sebelum memerahkannya menggunakan kain.

Kemudian ekstrak soya dicampur dengan air dan selepas dua jam, barulah dakwat ini terhasil dan boleh digunakan.

Tambahnya lagi untuk mengelakkan kertas jawapannya dibuang, dia mencatitkan nota pesanan menggunakan dakwat normal “panaskan kertas”.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: BBC via HCL

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*