“Persis R0ckstar,” Khairy Jamaluddin ‘Goreng’ Gitar Atas Pentas Terima Pujian Netizen

Karisma yang dibawa oleh figura bernama Khairy Jamaluddin sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Bekas Menteri Belia dan Sukan ini kerap kali menjadi tarikan kepada netizen kerana mempunyai gaya serta tindakan yang benar-benar maskulin.

Band anak-beranak

Jika sebelum ini Khairy Jamaluddin atau mesra disapa KJ menjadi penghias muka hadapan sebuah majalah, kali ini Ahli Parlimen Rembau itu telah membuat persembahan nyanyian bersama anak-anaknya.

Tampil dengan bermain gitar diatas pentas, KJ dilihat bersama anak-anaknya membuat persembahan dengan meperkenalkan diri mereka sebagai Cougiran.

 

Main gitar dengan anak2

Anak-anak KJ yang turut bermain alat muzik telah menyampaikan lagu bertajuk Come Together dendangan asal kumpulan The Beatles.

Persembahan penuh KJ dan anak-anaknya telah dimuat naik di YouTube Ironwood dan turut dimuat naik di Instagram ahli parlimen tersebut.

Steady bossku!

Muat naik yang dibuat oleh Khairy Jamaluddin di Instagram telah mendapat banyak komen daripada netizen. Rata-rata daripada mereka memuji tindakan tersebut yang disifatkan sebagai cool. Mereka juga berasa terhibur dengan telatah ahli politik itu diatas pentas yang menggunakan nama Cougiran sebagai nama band.

 YB lagi sesuai join kugiranlah

Super cool daddy!

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Khairy Jamaluddin via KLPRESS

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*