“Jangan Kecewa Mak Tak Menang Kat ABP, AME,” – Jihan Muse Menang Best Comedy Performance In Asian Academy Creative Awards, Cannes

Jihan Muse berkongsi kegembiraan apabila persembahannya untuk Keluarga Baha Don melayakkannya memenangi anugerah berprestij Asian Academy Creative Awards di Cannes dalam kategori Persembahan Komedi Terbaik.

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar..

“BEST COMEDY PERFORMANCE in ASIAN ACADEMY CREATIVE AWARDS, CANNES. .

“Tahniah #kesuma , @viumalaysia , @anomalousfilms @susan_lankester @kyerotherapy & everyone involved in this Malaysian Mafia Series #keluargabahadon . See u at season 2 BEST COMEDY PROGRAMME.

“Utk pendukung @jihanizer jgn keciwa mak tak menang kat ABP, AME nah ambik ni utk korang 😘

Tq @mylolentertainment,” tulisnya.

Keluarga Baha Don merupakan drama arahan Syed Fariz yang mengisahkan Jo Don lakonan Remy Ishak terpaksa mengambil alih perniagaan selepas kematian bapanya. Malah dia turut diminta mengahwini seorang wanita yang tidak dikenali iaitu Suzi Faye lakonan Melissa Campbell. Jihan Muse sebagai Kesume memegang peranan sebagai kekasih Jo Don.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Instagram Jihan Muse via MH

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*