”Rambut cendawan dah hilangg. Hensemnya Arrian..” – Rambut Terbaru Anak Tomok Tarik Perhatian Ramai

Nama penyanyi Tomok atau pemilik nama sebenar Shah Indrawan Ismail tidak perlu diperkenalkan lagi. Penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini mula bertapak dalam Industri Muzik Tanah Air pada tahun 1999 dengan penampilannya sebagai penyanyi kumpulan New Boyz.

Menjadi bonus kepada Tomok apabila namanya kembali menjadi sebutan selepas menjuarai One In A Million (OIAM) musim ketiga sekali gus meraih hadiah wang tunai sebanyak RM1 juta pada 1 Mei 2009.

Tomok berkahwin dengan isterinya iaitu Rahayu Abas pada 1 Julai 2011. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini memiliki 2 orang anak iaitu Arrianshah Akid (Arrian), 6 tahun lebih dan Andrashah Iman (Andra), 3 tahun lebih.

Pada tahun baru 2019 ini, Arrian bakal memulakan persekolahannya untuk masuk darjah satu. Jika sebelum ini kita kenal Arrian dengan rambut yang lebat berpotongan bulat seperti cendawan, namun sekarang tidak lagi.

Rambut Arrian sebelum dipot0ng.

Menerusi akaun Instagram, Tomok berkongsi rambut terbaru anaknya itu sempena untuk masuk sekolah nanti. Arrian kelihatan sangat comel dan handsome dengan rambut barunya.

Perkongsian Tomok ini mendapat perhatian ramai sehingga memperolehi banyak komen yang memuji Arrian dan menerima banyak like.

Jom tengok rambut terbaru Arrian. Handsome tak ?

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

😭

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on

Rata-rata netizen memuji rambut baru Arrian. Antara komen-komen netizen :

” Dah kenapa handsome sangat ni.. “

” Mushroom dah hilanggg! Hensem arrian.. “

” La…. arrian ke tu… dh lain sangat tp macho la arrian… ensem boy nk school dah next year.. “

” Hahah! Nak school. Selamat tinggal rambut tempurung.. “

” Alaaaa dah potong nak skolah dah dia.. “

” Baru la lg hensem n nmpk gagah anak dibu ayah.. “

” Handsome lah arrian. Lain muka dah potong rambut. Ni baru handsome big boy.. “

Alahai Arrian, buat rambut apa pun comel tau. Selamat masuk sekolah ya Arrian. Belajar rajin-rajin tau. Semoga menjadi anak yang bijak, membesar dengan sihat dan ceria-ceria selalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : IG Tomok by Berita Kopak / Ciungwanara

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*