
Jaguh pelumba negara, Mohd Azizulhasni Awang telah muncul sebagai Raja Pecut Asia buat kali ke-10 semalam.
Menurut laporan Astro Awani, Azizul meraih pingat emas acara pecut lelaki individu di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2020 yang berlangsung di Korea Selatan pada 17 hingga 21 Oktober.
Dalam aksi penentuan pingat emas yang berlangsung di Velodrom Pusat Latihan Kebangsaan Jingcheon, pelumba berusia 31 tahun itu menewaskan pelumba Jepun, Yuta Wakimoto 2-1.
The Pocket Rocketman yang tewas pada pusingan pertama, kembali bangkit memenangi pusingan kedua untuk mengheret perlumbaan kepada pusingan penentuan.
Sebaik loceng berbunyi, pelumba kelahiran Dungun, Terengganu yang dikawal rapi oleh Wakimoto, melakukan kayuhan sekuat tenaga sekali gus meninggalkan pelumba Jepun di tempat kedua.
Terdahulu, Azizulhasni merekod masa 9.977 saat, iaitu keempat terpantas pada pusingan kelayakan.
Azizulhasni sebelum itu menyumbang pingat perak buat kem negara dalam acara keirin lelaki individu pada Jumaat lalu.
・・・The Man Who Refused To Be Beaten[PART 1].Terima kasih Ya Allah di atas kemenangan. Termenung membisu saya di…
Posted by Azizulhasni Awang on Monday, October 21, 2019
・・・Atas permintaan ramai..Video perlumbaan terakhir (decider) ketika menentang Yuta Wakimoto yang memberikan kemenangan 2-1…#teamazizul #azizulawang#teamcimb #cimb #forward#airasia #daretodream #allatars#daikin #daikinmy #daikinmalaysia#tumi #tumiglobalcitizens #nike #nikemy#oakley #oakleymy#ogk #ogkkabuto #wattbike
Posted by Azizulhasni Awang on Monday, October 21, 2019
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Astro Awani
Leave a Reply