Cari Rezeki Bantu Ibu Berniaga Samosa, Adik Irfan Dipuji Ramai

Ada orang hidupnya ditakdirkan untuk tidak senang, namun cukup, ada orang dilimpahkan kekayaan namun hatinya tidak senang. Hidup manusia berbeza-beza dan sudah tertulis jalan hidup mereka.

Namun biar hidup susah tapi tidak meminta-minta, bijak mencari rezeki halal dan rajin usaha. Ini yang digambar seorang remaja lelaki berusia 14 tahun bernama Irfan.

Melalui perkongsian FS Channel, adik Irfan sudah pun berhenti sekolah dan membantu ibu dan bapanya berniaga kuih Samosa. Adik Irfan yang ditemui krew FS Channel menceritakan Samosa yang dibuat ibunya dijual dari jam 12 tengahari sehingga habis.

Hasil membantu ibunya itu, anak sulung dari tiga beradik tersebut diberikan upah sehari RM50 yang disimpan oleh ibunya. Bagusnya adik Irfan ini! Kalau sesetengah budak habis sekelip mata sahaja RM50 itu. Mungkin dia tahu bagaimana peritnya mencari rezeki.

Berniaga di depan Pasar Segar Segi Fresh, Rantau Panjang Klang setiap hari kecuali Jumaat, video yang dihasilkan oleh FS Channel tular di sosial media dengan lebih 21,000 shares dan meraih 2.6 juta tontonan.

Borong Semua. Adik Irfan Berhenti Sekolah Bantu Mak Ayah Jual Kuih

Yotube https://youtu.be/o3f50fXYXHYBorong Semuanya Samosa Adik Irfan. Baru 14 Tahun Berhenti Sekolah Kerana Ingin Bantu Mak Dan Ayah Jual Kuih. Mari Kongsi Rezeki.😍😘. Lokasi : Pasar Segar, Segi Fresh, Rantau Panjang Klang

Posted by FS Channel on Wednesday, October 16, 2019

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“…Patut lama dah xnampak….Samosanya memang sedap”

“Memang terbaik bos..Apa yang bos buat ni saya salute bos…..”

“Gigihnya dia membantu mak meniaga kuih…Sebak tengok raut wajah dia…”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Sumber: FS Channel via HCL

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*