“Tak Pernah Tak Sweet” – Fazley Yaakob Tampal Kasut Isteri, Undang Perhatian Netizen

Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berkongsi video menampal kasut isterinya ketika menghadiri sebuah acara baru-baru ini.

Video tersebut dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan wargamaya.

Menurut Fazley, isterinya mengadu bahagian kasut yang dipakai tercabut di bahagian hadapan, tanpa berlengah, dia terus mencari cellophane tape dan menampal kasut isterinya itu.

“Hari itu semasa event, isteri saya @azrene_ahmad mengadu dekat saya bahagian depan kasut dia dah tercabut.

“Jadi bila dia berjalan, benda tu terkontang-kanting, dia kata “takpa abang, adik okay, tak malu pun kalau orang nampak.

“Tapi me being me, saya usahakan cari cellophane tape dan tampal, saya kata “adik tak perlu buka kasut, biar abang yang menyangkung buatkan,” tulisnya sebagai kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen memuji Fazley yang bersikap baik dan ‘sweet’ terhadap isterinya itu.

“Tak pernah tak sweet tau pasangan ni!

“Suami isteri yang humble dan sangat baik.

“Datin  is so lucky!” tulis netizen.

Imbas kembali, Fazley dan isteri, Datin Azrene Ahmad mendirikan rumah tangga pada tahun 2007.

Mereka mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Ahmad Fariedz Shah, 11, Ahmad Fieradz Shah, 10, Ahmad Firudz Shah, 8 dan seorang anak perempuan, Alayna Selma, 2.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*