Pencarian Sukar Kerana Arus Deras, Rakan-Rakan Selebriti Doakan Pitt Hanif Segera Ditemui

Susulan kehilangan pengarah yang juga anak kepada pelakon tersohor, Fauziah Nawi, Pitt Haniff ketika sedang memancing di Sungai Mela, Kuala Lipis semalam, ramai rakan selebriti tampil memanjatkan doa.

Menerusi laman sosial Twitter, rakan-rakan selebriti berkongsi kicauan tentang rasa bimbang mereka dan berharap agar Pitt segera ditemui.

Penyanyi Yuna menerusi satu kicauan melahirkan rasa sedihnya sejurus selepas mengetahui berita tersebut.

Yuna turut berkongsi pernah bekerjasama bersama Pitt menerusi muzik video Black Marquee.

Pelakon Sharifah Amani antara yang bersedih dengan kehilangan Pitt. Menerusi satu kemas kini terbarunya di Twitter, Amani telah ke Pahang untuk menyertai misi mencari bersama keluarga Pitt.

Doa pelakon Beto Kusyairy meruntun hati wargamaya apabila turut sama bersedih dengan berita tersebut.

“Doa ibumu, seluruh ahli keluarga dan sekalian sahabat mengiringi mu. Kau manusia degil. Terus kuat Pitt! Bismillah.. temukanlah dia kembali kepada kami dengan selamat Ya Rob!” tulis Beto di Twitter.

Ibu Pitt, aktres Fauziah Nawi turut berkongsi beberapa keping foto majlis solat hajat dan doa yang dikelolakan oleh pelakon Fauziah Datuk Ahmad Daud malam tadi.

Memetik laporan Sinar Harian, operasi pencarian mengalami kesukaran berikutan keadaan arus sungai yang deras.

“Pencarian dari lokasi mangsa hilang melibatkan jarak 30km dan buat masa ini masih belum ditemui,” kata Penguasa Bomba Shahrulnizam Nasir kepada Sinar Harian.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*