Cantiknya Datin Zai Izzati Ini, Patutlah Kenal Hanya 2 Bulan Dato’ Jamal Abdillah Terus Melamar

Wanita yang berjaya menawan hati Dato’ Jamal Abdillah ini mempunyai keperibadian yang lembut. Datin Zai Izzati Khairuddin, 25 tahun, telah berkahwin dengan Raja Pop ini pada 1 April 2017 lalu. Jarak usia 35 tahun tidak pernah menjadi penghalang kepada pasangan ini menjalinkan ikatan cinta.

Sumber foto: Berita Harian

Menurut Dato’ Jamal ketika di awal usia perkahwinannya rasa janggal menjelma kerana jarak usia yang jauh. “Alhamdulillah lama-kelamaan rasa janggal itu hilang dengan sendiri kerana daripada tiga kegagalan perkahwinan sebelum ini banyak mengajar saya untuk lebih bijak mengemudi rumah tangga kami.

Apa paling penting, kita saling menghormati tidak kira isteri kita itu masih muda atau sebaliknya,” kata Dato’ Jamal. Tambah Dato’ Jamal isterinya yang cantik itu seorang yang sangat memahami. Kehadiran Datin Izzati dalam hidup Dato’ Jamal ini telah memberikan ketenangan setelah sekian lama menduda.

Sumber foto: MStar

Kematangan yang ada dalam diri Datin Zai Izzati juga antara faktor Dato’ Jamal terpikat. “Ada isteri ni kehidupan saya lebih tenang dan ada teman bicara untuk berkongsi cerita dan masalah.

Alhamdulillah, Izzati pandai menguruskan rumah tangga, menjaga keperluan saya dan paling penting dia seorang yang matang dan memahami kerjaya saya sebagai penyanyi. Dia anugerah Allah SWT buat saya,” ujar Dato’ Jamal.

Sumber foto: Berita Harian

Bagi pasangan yang berkahwin pasti mengharapkan kehadiran zuriat sebagai penyeri rumah tangga. Begitu juga kepada pasangan Dato’ Jamal Abdillah dan Datin Zai Izzati ini.

Namun, sebagai manusia biasa kita hanya mampu merancang tetapi Allah SWT yang menentukan. Menurut Dato’ Jamal sejak setahun berkahwin, isterinya telah tiga kali mengalami keguguran.

Suri hati Dato Jamal Abdillah yang berasal dari Kulim, Kedah ini jarang muncul di majlis-majlis menemani suaminya.

“ALHAMDULILLAH, ia adalah anugerah terindah daripada Allah SWT kerana sudah lama saya menanti kehadiran cahaya mata perempuan sekali gus melengkapkan rumah tangga,” kata penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah ketika berkongsi berita kelahiran anak perempuannya, Nur Azura Yamani yang selamat dilahirkan pada jam 5.35 petang bertarikh 10 Oktober 2019.

Menurut Jamal, 60, isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 25, selamat melahirkan anak perempuannya itu secara pemb3dahan di pusat perubatan swasta di Shah Alam.

“Isteri dimasukkan ke wad bersalin semalam dan pada jam 5.35 petang tadi, pemb3dahan selamat dijalankan.

“Saya bersyukur isteri selamat melahirkan bayi perempuan kami yang sihat, putih melepak dan seiras wajah saya seberat 2.7 kilogram,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas mengenai keadaan isterinya pula, kata Jamal, Zai Izzati akan ditahan selama beberapa hari di wad sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

“Maklumlah, isteri melahirkan anak secara pemb3dahan dan doktor mahu memastikan keadaannya okey dulu sebelum pulang ke rumah.

“Isteri juga akan menjalani tempoh berpantang di kediaman kami di Shah Alam selepas keluar dari wad nanti,” katanya.

Jamal berkahwin dengan Zai Izzati yang juga perkahwinan kali keempatnya pada 1 April 2017 di Ipoh, Perak.

Sebelum ini Jamal pernah berkahwin sebanyak tiga kali bersama Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad tetapi berakhir dengan perc3raian.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Berita Harian, MStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*