Nurul Ashikin HamiI Kembar – Hasil B3dah Sias4t

NURUL Ashikin Kamaruddin yang menlnggal dunia dalam kem4langan bersama suaminya, Muhammad Syakiran Shamsuddin di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur, hari ini mengandungkan anak kembar.

Menurut Nur Azmawati Shamsuddin, 37, berita keham1lan itu hanya diketahui mereka sekeluarga selepas b3dah si4sat ke atas may4t Nurul Ashikin selesai pada 1 tengah hari.

Kakak kepada arw4h Muhammad Syakiran itu berkata, mereka sekeluarga sangat terkejut dan sedih dengan apa yang berlaku, apatah lagi kandungan arw4h sudah berusia dua bulan.

Katanya, pasangan itu mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Arfan Ziqri yang berusia 22 bulan.

“Keluarga memang terkejut sebab kami belum dimaklumkan mengenai kandungan arwah, mungkin kerana usia kandungan masih awal.

“Namun, saya dimaklumkan oleh adik-beradik yang berada di Kuala Lumpur, mereka menemui buku merah jambu (buku pemeriksaan kandungan) dalam beg tangan Nurul Ashikin,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Nur Azmawati berkata, arw4h Muhammad Syakiran juga mempunyai kembar iaitu Muhammad Syakirin, 30, yang tinggal di Bachok, Kelantan dan sudah berumah tangga serta ada dua anak.

“Lebih memilukan apabila kami baru berkumpul di rumah arw4h beberapa hari lalu kerana berjalan-jalan di Kuala Lumpur dan arw4h juga menghantar adik bongsu (Muhammad Nazrul, 19) di stesen bas malam tadi (semalam) untuk pulang ke Kelantan.

“Nazrul pun tiba pada 7 pagi tadi (hari ini). Tiba-tiba kami terima pula berita mengenai mereka kemal4ngan,” katanya yang memberitahu jen4zah kedua-duanya akan dihantar pulang hari ini dan dijangka tiba malam ini.

Katanya, jen4zah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Repek Hilir, Bachok.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:HM via MetroKini

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*