Gitaris Damasutra, Naharuddin menlnggaI dunia selepas alami batvk berdrah dan sempvt sejak Sabtu lalu

GITARIS utama kumpulan Damasutra, Naharuddin Yunus atau lebih dikenali sebagai Alok, 55, menghembuskan nafas terakhir di H0spital Ampang, Selangor pada Rabu.

Menurut anak kepada Alok iaitu Ahmad Fadzli Naharuddin, 28, bapanya men1nggal dunia akibat s3rangan jntung kira-kira pada pukul 3 pagi.

“Ayah tidak pernah menghidap penyak1t jntung sebelum ini tapi mulai batuk berdrah dan semput sejak Sabtu lalu. Saya bawa pergi ke sebuah klinik di Hulu Langat.

“Keadaan ayah bertambah teruk dan mengalami sesak nafas, arw@h tidak dapat berjalan dengan sempurna pagi tadi.

“Pemeriksaan dilakukan pasukan perubatan mendapati bacaan jantvngnya lemah. Tidak lama kemudian, ayah tidak memberikan sebarang tindak balas dan menlnggal dunia,” katanya kepada Harian Metro.

Damasutra dianggotai oleh Bagio selaku vokalis, Amran (pemain bass), Alok (gitar utana) dan Assu (pemain dram).

Sebelum itu, Fadzli berkata dia sempat membawa bapanya makan di luar pada malam Selasa.

“Saya sempat bawa ayah keluar makan dan seronok melihat dia begitu berselera. Tidak disangka hari ini dia pergi meninggalkan kami,” ujarnya.

Jenazah telah dibawa ke Surau Taman Seri Nanding, Hulu Langat, Selangor dan kemudiannya dik3bumikan di Tanah Perkvburan Islam Dusun Nanding pada pukul 12 tengah hari.

Alok menyertai Damasutra pada 1991 dan memiliki empat album iaitu Antara Sutra dan Bulan, Asyik, Kurnia dan Penawar sehingga 1996.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*