‘Ibu, Arfan rindu’

“ANAK arw4h mengigau memanggil ibunya beberapa kali malam tadi kerana terlalu rindu sebelum dia teruskan tidur.

“Saya sedih mendengar rintihan cucu yang kehilangan ibu bapa kerana dia masih kecil dan perlukan kasih sayang mereka,” kata Fauziah Dollah, 63.

Fauziah adalah ibu kepada Nurul Ashikin Kamaruddin, 27, yang mavt bersama suaminya, Lans Koperal Muhammad Syakiran Shamsuddin, 30.

Mereka terbabit dalam kemal4ngan di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur 8.30 pagi semalam selepas motosikal ditunggangi mer3mpuh belakang lori.

Mengulas lanjut Fauziah berkata, dia dan suami, Kamaruddin Harun, 60, akan menjaga cucunya, Muhammad Arfan Ziqri berusia 22 bulan kerana cucunya itu sangat rapat dengannya sekeluarga terutama anak bongsu, Diana, 25.

“Arfan tidak boleh bercakap, tetapi malam tadi dia panggil ibunya beberapa kali, dia sangat rindukan ibunya kerana mereka rapat.

“Selepas kejadian itu, Arfan seperti tercari-cari ibu dan abinya serta tidak ceria.

“Dia juga kurang minum susu dan hari ini baru nampak wajahnya sedikit ceria kemungkinan gembira dengan kehadiran orang ramai di rumah kami.

“Walaupun sedih dengan nasib cucu tetapi saya reda dengan pemergian anak dan menantu dalam kemal4ngan itu,” katanya ditemui di Jalan Taman Sri Talang, Kadok, Kota Bharu hari ini.

Fauziah bersama Muhammad Arfan Ziqri ketika ditemui di rumahnya di Kadok hari ini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Menurutnya, arwah anak dan menantu kerap pulang ke kampung apabila mereka cuti dan tiada perubahan ditunjukkan ketika mereka pulang bulan lalu.

Begitu juga ketika mereka berbual di telefon, tiada pesanan ditinggalkan anak keempat daripada lima beradik itu.

“Arw4h menantu kerap menghantar isteri ke tempat kerja di Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Lumpur dari rumah mereka di Shah Alam.

“Jika menantu kerja, arw4h anak pergi dan balik kerja dengan komuter,” katanya.

Harian Metro hari ini melaporkan, keluarga anggota polis yang mavt bersama isterinya di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur semalam terkejut apabila mengetahui isteri mangsa kini hamil anak kembar.

Mangsa, Lans Koperal Muhammad Syakiran Shamsuddin, 30, dan isteri, Nurul Ashikin Kamaruddin, 27, menlnggal dunia selepas terbabit kemal4ngan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja 8.30 pagi semalam.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: HM

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*