“Saya Lebih Tenang Bila Berkongsi” – Ini Cara Erra Fazira Luah Kesedihan

Penyanyi dan pelakon jelita, Erra Fazira lebih selesa untuk mengadu dan meluahkan rasa sedih kepada Allah berbanding berkongsi perasaan dengan individu lain.

Biarpun kedengaran agak klise, Erra mengakui perkara terbabit memberikan kelegaan kepada dirinya.

“Hidup sebagai manusia, kita tak lari daripada ujian, lebih-lebih lagi apabila kita bergelar selebriti.

“Kadang-kadang ada perkara yang membuatkan kita sedih dan tak selesa. Cara saya mudah sahaja, mengadu kepada Allah.

“Saya rasa lebih tenang bila dapat berkongsi perasaan sedih itu dengan Dia dan ia boleh membuatkan saya rasa lega berbanding bila kita bercakap dengan orang lain.

“Paling tidak, Allah akan memberikan petunjuk untuk menyelesaikan rasa gundah yang bersarang dalam hati,” katanya.

Tambah pelakon filem Maria Mariana ini, dia mengelak untuk membaca sebarang komen negatif yang dilemparkan di laman sosial.

“Sekuat mana pun kita, pasti hati akan hancur jika membaca kata-kata nista yang bukan-bukan.

“Lagi-lagi ia datang dari netizen yang tidak tahu perihal sebenar apa yang berlaku.

“Jadi, elakkan baca komen yang boleh memberikan impak negatif terhadap diri kita. Lebih baik menjaga hati sendiri terlebih dahulu,” katanya lagi.

Erra ditemui di majlis pelancaran single terbarunya yang berjudul Menangkah Cinta baru-baru ini.

Setelah hampir enam tahun menyepi tanpa lagu baharu, penyanyi itu kini hadir dengan single terbaharu Menangkah Cinta, lapor Astro Awani.

Kali terakhir Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Cek, 45, muncul dengan lagu single ialah pada tahun 2013 menerusi lagu “Hanya Kau” duet bersama Datin Seri Umie Aida.

Bagi peminat yang sudah lama merindui lunak merdu suara Erra Fazira, inilah masanya.

Lagu “Menangkah Cinta” mendapat sentuhan penyanyi Hafiz Hamidun dan lirik oleh Iman Imran.

Sejak dimuat naik, lagu ini telah mendapat lebih 28,000 tontonan di laman YouTube.

Menurut Erra, pemilihan Shahir untuk membintangi muzik video lagu ciptaan Hafiz Hamidun dan Iman Imran ini dilakukan selepas berbincang dengan semua pihak.

“Pada awalnya, nama Datuk Awie terlintas dalam fikiran saya untuk membintangi muzik video ini memandangkan kami mempunyai sebuah projek bersama tahun hadapan.

“Namun begitu, jadualnya tidak mengizinkan. Jadi, saya berbincang dengan beberapa pihak lain seperti pihak pengurusan dan pencipta lagu.

“Lalu, muncullah nama-nama lain seperti Zul Ariffin, Remy Ishak, Shahir dan Ungku Ismail. Akhirnya, kami bertanyakan kepada Shahir dan Ungku.

“Pada mulanya, Shahir tidak dapat memberikan komitmen kerana ada urusan lain. Ungku pula bersetuju tetapi atas masalah jadual, dia tidak dapat membintangi muzik video itu. Akhirnya, Shahir menghubungi kami semula dan dia menerima tawaran terbabit,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*