Tolak Tawaran Berlakon Bersama Bekas Tunang, Aishah Azman Ingin Berehat Daripada Bercinta

Pelakon Aishah Azman mendedahkan pernah menerima tawaran untuk berlakon bersama bekas tunang, aktor Syafie Naswip dalam sebuah drama.

Walaubagaimanapun, Aishah mengambil pendekatan dengan menolak secara baik demi kebaikan bersama.

“Sebelum ini ada penerbit yang nak satukan saya dengan dia dalam satu naskhah drama tetapi saya elakkan demi kebaikan kami bersama.

“Buat masa sekarang memang saya tidak akan berlakon bersama dia. 

“Namun untuk masa akan datang kita tak tahu, hati manusia boleh berubah,” katanya kepada Gempak.

Aishah ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Suri Katriana yang diadakan di Restoran My Elephant Thai, Great Eastern Mall, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Pemilik nama Nor Aishah Afika Azman Shah berkata dia tidak menolak sekiranya bertemu pengganti yang turut sama berada dalam satu industri.

“Dugaan sebelum ini telah mematangkan saya dalam menjalani kehidupan.

“Saya anggap 2019 ini tahun yang cukup indah sebab banyak memberi pengajaran dalam hidup saya serta banyak memberi memori pahit dan manis.

“Buat masa ini, saya ingin berehat daripada bercinta dulu. 

“Saya beri masa dalam tempoh empat tahun lagi kalau nak jalinkan hubungan istimewa sebab saya masih muda, banyak benda saya nak capai dalam industri. 

“Keluarga tidak larang untuk saya kembali bercinta cuma kena kenal betul-betul pasangan kita. 

“Saya juga tidak serik sekiranya dipertemukan jodoh dengan orang dalam satu industri kerana perkara itu adalah aturan daripada Yang Maha Esa,” tambahnya lagi.

Untuk rekod, Aishah dan Syafie bertunang pada satu majlis yang diadakan pada 7 April 2019 bertempat di Forest Valley Hall, Cheras. 

Namun, kedua-dua pasangan itu mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan pada 21 Julai tahun yang sama.

Dalam perkembangan terkini, Aishah sedang sibuk menjalani penggambaran drama Suri Katriana arahan Pali Yahya.

Selain Aishah, drama Suri Katriana turut dibintangi pelakon hebat iaitu Ummi Nazeera, Ernie Zakri, Hasnul Rahmat, Zul Huzaimy, Nazim Othman, Rozita Che Wan, Nadiyaa Nisa dan ramai lagi.

Drama Suri Katriana mula ditayang pada 29 Oktober 2019 jam 6 petang di Astro Prima (saluran 105) dan Prima HD (saluran 121).

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*