Che Ta tak kisah disamakan dengan Big Bird

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan, enggan melatah apabila dirinya disamakan dengan karakter Big Bird dalam program Sesame Street apabila menyarungkan gaun kembang berwarna kuning pada acara Anugerah Skrin (ASK) 2019, kelmarin.

Bukan sekadar watak burung besar dalam rancangan kanak-kanak popular terbabit, malah sesetengah warganet turut menyamakan persalinan rekaan Zaimi Zulkafli itu seperti pulut kuning bertingkat.

Tidak lama selepas kemunculan artis jelita itu sebagai penyampai pada acara yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Jumaat lalu, gambar dirinya bersama karakter berkenaan mula tular di media sosial.

“Saya sudah masak dan faham dengan perangai netizen yang mudah terhibur dengan perkara sebegini.

“Saya tidak kisah dan tak ambil serius pun dengan perkara itu. Sekali pandang, memang ia kelihatan serupa, tetapi tetap tak sama.

“Sebaliknya, saya menganggapnya sebagai sesuatu yang lucu. Saya yakin, ramai juga yang terhibur dengan kegigihan mereka menggabungkan gambar saya dan (karakter) burung itu dalam kolaj,” kata selebriti lebih mesra disapa Che Ta itu kepada BH Online.

CHE Ta hargai usaha pereka fesyen yang menghasilkan rekaan unik dan cantik. – Foto Instagram Rozita Che Wan

Pelakon Suri Katriana itu berkata, dia amat menghargai usaha keras pereka fesyen menghasilkan rekaan yang menarik.

“Saya begitu menghormati kreativiti dan kegigihan pereka fesyen. Bukan mudah untuk menghasilkan gaun yang unik dan cantik,” katanya yang memeriahkan acara terbabit bersama suami, Zain Saidin.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: BHOnline

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*