Dengan Sekali Lafaz, Nadia Brian Selamat Bergelar Isteri Kepada Ahli Perniagaan, Muizz Nasruddin

Selepas beberapa beberapa bulan mengikat tali pertunangan, pelakon berwajah kacukan, Nadia Brian akhirnya selamat disatukan dengan pilihan hatinya, Muizz Nasruddin, 28. Nadia kelihatan begitu anggun di atas pelamin dengan memakai baju kurung moden berona putih.

Dengan sekali lafaz Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa binti Mohamed Rashidi telah selamat bergelar isteri kepada Muizz yang juga seorang ahli perniagaan dan telah menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 dari pihak pengantin lelaki.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tahniah adik @nadia.brian dan suami @muizznasruddin ❤️💋 bahagia sampai ke syurga. @jaydeesm #muizzxnadiab

A post shared by Jaydee Mohamad (@jaydeesm) on

Terdahulu, Nadia dan Muizz telah melangsungkan pertunangan pada bulan Mei 2019 selepas dilamar kekasihnya ketika mereka bercuti di Paris sekitar Februari.

Semoga ikatan yang dibina berkekalan hinggan ke akhirnya. Selamat pengantin baru diucapkan buat Nadia Brian dan suami.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Eh Malaysia, Jaydeesm  

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*