‘Dulu Saya Kasar Macam Lelaki’ Jihan Muse

SEJAK menyertai pertandingan Maharaja Lawak pada 2011, pelakon dan pelawak Jihan Muse sudah biasa bersaing dengan penggiat seni lelaki.

Justeru, Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa tidak pernah menganggap dirinya bersaing dengan mana-mana pengacara wanita termasuklah Neelofa dan rakan baiknya, Sherry Al-Hadad walaupun mereka bernaung bawah satu bumbung.

Kata Jihan sewaktu ditemui, sepanjang meneladani kerjaya sebagai pengacara dia tidak pernah tahu atau mendengar apatah lagi melihat dirinya dibanding-bandingkan dengan Neelofa dan Sherry. Perkara itu juga tidak pernah terlintas di fikirannya.

“Saya duduk sebaris dengan Neelofa? Rasanya reputasi dia lebih tinggi berbanding saya. Dia berada di atas dengan statusnya sebagai artis dan ahli perniagaan wanita berjaya. Tidak mungkin saya setaraf dia. Jadi, tidak perlulah bandingkan saya dan dia.

“Sherry pula seperti yang pernah saya jelaskan sebelum ini, dia bukan saja rakan baik tetapi juga guru saya.

“Banyak saya belajar dengan Sherry. Melampau jika saya mahu bersaing dengan insan yang menurunkan ilmu kepada saya,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Gambar kenangan @sherry_alhadad dengan @thisisnaqiu “Ku terima semua ini sudah kehendak takdir ilahi” Amcam tok @tokram_ramlims #madukukelaut

A post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse) on

Tegas Jihan lagi, tidak wajar dirinya dibandingkan dengan Neelofa kerana corak persembahan mereka nyata jauh berbeza.

“Kalau penonton lihat corak atau genre program yang kami kendalikan pun boleh nampak perbezaan. Jadi, bagaimana perbandingan boleh dibuat? Apatah lagi saya bukan jenis lembut jika mengacara, kasar macam lelaki,” katanya.

Menurut Jihan, corak persembahannya dikatakan kasar kerana dia banyak berguru dengan pelawak dan pengacara lelaki.

“Kalau ada yang mahu saya mengendalikan program dengan gaya lemah lembut memang saya tak boleh buat. Saya tahu tak akan jadi seperti mana yang dimahukan.

“Lihat saja sepanjang saya menjadi pengacara, kebanyakan pasangan kerjaya saya lelaki dan secara tidak langsung jadi kasar seperti mereka,” katanya.

Tambah Jihan, ketika mengacarakan program Anugerah Planet Muzik sebelum ini, dia banyak bertanya dan belajar dengan Datuk Aznil Nawawi, Datuk AC Mizal dan Nabil Ahmad.

Ditanya adakah satu hari nanti dia akan mengubah corak persembahan terutama program yang disiarkan stesen berkonsepkan kerohanian seperti Naura, Jihan berkata, tidak salah mencuba namun berharap pihak produksi boleh menerima gayanya.

“Sebagai pengacara saya akan berusaha memenuhi konsep yang pihak produksi mahukan.

“Saya suka dengan program perkongsian ilmu dan sudah tentulah jika diberi tanggungjawab itu tidak boleh terikut-ikut dengan gaya penyampaian mengendalikan program hiburan. Saya kenalah ikut kesesuaian. Itulah tugas pengacara,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber :My Metro

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*