Beratus Mat Rempit Serbu Rumah Bapa Tiga Anak Di Kelantan

BILA beratus-ratus ‘mat rempit’ yang menunggang 250 motor menyerbu kediaman seorang bapa yang menguruskan tiga anak Orang Kurang Upaya (0KU) yang terlantar di Tumpat, Kelantan untuk menyampaikan derma pada Jumaat (8/11/2019) lalu, mengejutkan penduduk dan kejiranan Kampung Laut dengan deruman enjin motor dan himpuan kenderaan itu yang berselerak memenuhi halaman rumah mereka. 

Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya.

‘Mat Rempit’ ini adalah anggota Geng Motorsport dari beberapa daerah di Kelantan dan wakil dari Terengganu datang menyampaikan derma wang tunai berjumlah RM25,140 bagi meringankan kesusahan seorang bapa, Mohd Zain Abdullah, 58, yang banyak berkorban menjaga tiga anaknya yang lumpuh. 

Lebih menarik lagi bila ada ahli geng itu mengubah wang tunai RM5,000 sebagai jambatan bunga sebagai menceriakan hari anak-anak itu.

Siapa kata Mat Rempit tidak boleh menabur jasa dan bakti kepada masyarakat. Mereka juga punya hati dan perasaan sayang. 

Ini ternyata apabila berusaha mengumpul duit daripada ribuan penunggang motorsikal yang menganggotai 16 kumpulan Geng Motorsport di seluruh Kelantan. 

Bukan itu saja, mereka turut mengambil inisatif dengan berkonvoi menziarahi Mohd Zain yang lebih dikenali sebagai Mat Zin untuk melihat keadaan kehidupan keluarga dan menceriakan anak-anaknya yang terlantar lumpuh sejak lahir.

Semoga meringankan hidup kamu… derma duit dan jambangan bunga duit untuk tiga beradik lumpuh.

Terimalah derma dari kami semua.

Jurucakap Geng Motorsport, Ardy Datok Agos dari Kumpulan Isabella96Family memberitahu, kutipan itu sebenarnya dibuat secara rambang dan sukarela sebaik saja salah seorang anak sedara Mat Zin menviralkan keadaan anak-anak istimewa itu dalam grup WhatsApp untuk meminta bantuan pampers, makanan kesihatan termasuk susu, perubatan dan kemudahan kerusi roda untuk meringankan bapa berkenaan.

Serentak itu, ribuan ahli daripada geng #sekpistl, #nitrider, #speedlover, #underground rider,# Y15 Division, #menuju ke harapan,#UR, #rider generation RG, #peed lover, #kb edition, #RDkelate, #YP kelantan, #MAT2 motor, #penderma budiman dan #TM rider terus meuark-uarkan kepada semua ahlinya untuk menghulur sumbangan derma dan barangan keperluan.

Penunggang datang dari Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Pasir Mas di Kelantan serta wakil dari Terengganu turut ‘turun’ beramai-ramai untuk melawat kanak-kanak berkenaan. 

Sebahagian Geng Motorspot berposing sebelum berkonvoi ke rumah Mat Zin.

Mereka singgah bersolat di masjid Pasir Pekan sebelum berkonvoi ke Kampung Laut di Tumpat. Bila dah hampir 250 penunggang itu yang menyebabkan kejiranan terpinga-pinga hairan munculnya, sekumpulan geng motospot kapcai sehinggalah motor besar.

Ardy berkata, kutipan kali ini adalah yang tertinggi dan menjadi rekod kerana sebelum ini derma yang diperolehi ‘jaja tabung’ untuk disedekahkan kepada ahli-ahli yang kesusahan dan yang terlibat dalam kemalangan. 

Malah bila ada perjumpaan Geng Motorspot, pengendalikan grup yang terdiri daripada ahli perniagaan, polis, penguat kuasa bandaran, kakitangan kerajaan seperti Fama menjadi penyumbang terbesar.

Geng Motorspot ini kumpulan permotoran yang disertai anak-anak muda dalam lingkungan usia 20-an sehingga 40 tahun, turut mendapat sokongan daripada pihak berkuasa dan personaliti agama. 

Matlamat utama mereka adalah mengumpul anak-anak muda ke arah aktiviti sihat dan melatih mereka berniaga kerana ada dalam kalangan Geng Motorspot itu adalah hli perniagaan yang mempunyai rangkaian perniagaan.

Selain beriadah biasa dengan mengadakan majlis makan-makan dan berkonvoi jarak dekat, Geng Motorspot itu turut mengendalikan konvoi bersistematik dari aspek keselamatan konvoi ke seluruh negara. 

Selain membuka peluang perniagaan, konvoi itu akan merapatkan ‘mat rempit’ dalam satu pasukan.

Kami yang prihatin…

“Mentor yang terdiri daripada penunggang berpengalaman akan membimbing anak-anak muda tentang keselamatan jalan raya dan menasihatkan mereka menggelakkan daripada berlumba di jalan yang mungkin menyebabkan banyak pihak susah,” kata Ardy sambil memberitahu dalam setiap perjumpaan geng itu mampu menjual lebih 1,500 helai kemeja-T. 

Ada peniaga untung niaga dalam RM15,000 bagi satu sesi kejohanan dragmotor.

Geng Motorspot sedang berusaha meminta Kerajaan Kelantan membina gelanggang dragmotor yang dijangka dibina di Pasir Mas tidak lama lagi. 

Ia untuk memudahkan mereka mengadakan motorshow, dragmotor dan melatih belia dalam bidang pemotoran secara profesional. 

Malah dengan dibantu oleh ‘mat rempit’ senior dalam kumpulan itu, mendorong orang-orang muda melakukan kerja kebajikan dan minat kerjaya berniaga,

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : KITAREPORTERS

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*