“Ini Wajah Diana” Isteri Baru Sultan Atau Mantan Madv Rihana Petra

Belum reda isu tuntutan mantan isterinya, Rihana Oksana Petra terhadap bayi yang dizakwa zuriatnya, kini satu lagi gosip melanda Sultan Kelantan. Kali ini, tersebar gambar mesranya dengan seorang wanita bernama Diana yang dikhabarkan isteri barunya.

Bagaimanapun, ada juga spekulasi yang menyatakan wanita itu sebenarnya isteri terdahulu Baginda sebelum berkahwin dengan Rihana.

Umum mengetahui status Baginda yang sudah berkahwin apabila satu jadual perbelanjaan Yang Dipertuan Agong pada tahun 2018 menyatakan sejumlah wang dibelanjakan untuk sewa sebuah bungalow di Bukit Tunku untuk isteri Baginda berbangsa Ukraine / Czech.

Bagaimanapun, sehingga kini tidak ada makluman mengenai identiti wanita tersebut.

Perkahwinan dengan wanita tersebut disahkan lagi oleh kenyataan Rihana bahawa sebelum beliau, Sultan Muhammad V pernah berkahwin dengan wanita Czech, bagaimanapun ikatan perkahwinan itu terputus kerana status wanita Czech tersebut rupanya bukan janda kerana belum bercera1 dengan suami terdahulu secara rasmi.

Seusai percera1an dengan Rihana, banyak desas-desus menyatakan Sultan kini sudah mempunyai pilihan baru, malahan sudah bersedia untuk berkahwin dan melahirkan pewaris takhta kesultanan Kelantan.

Kini tersebarnya dua keping gambar beliau dengan seorang wanita barat menimbulkan persoalan. Adakah wanita ini isteri baru beliau?

Atau adakah ini mantan madu Rihana? Ini kerana ada yang membuat spekulasi bahawa Baginda sebenarnya tidak pernah pun mengesahkan percera1an dengan wanita Czech tersebut.

Seorang netizen mendakwa pernah melihat gambar lama wanita Czech itu mendakwa ada persamaan dengan wajah wanita tersebut, tetapi bentuk badannya kini dikatakan lebih ramping berbanding dahulu.

Persoalannya, adakah ini wajah Diana yang digosipkan isteri baru Baginda? Atau adakah ini gambar lama? Mungkinkah ini wanita yang lain?

Memandangkan pihak Istana sentiasa menjaga rahsia, nampaknya hanya masa yang akan merungkai segala persoalan ini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber :CARI

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*