“Saya Tak Serik Bercinta, Tak Sabar Tunggu..” – Awi Rafael

Penyanyi Awi Rafael akui tidak serik bercinta meskipun  hasratnya untuk mendirikan rumah tangga bersama pelakon Atikah Suhaime sebelum ini tidak tercapai.

Menurut Awi, dia sentiasa yakin dengan ketentuan Tuhan yang memberi hikmah pada setiap perkara yang berlaku.

“Terus terang saya katakan, saya tak serik untuk bercinta dan mencari pasangan hidup, saya hanya doa yang terbaik pada Tuhan.

“Apa yang telah berlaku pada saya sebelum ini adalah ketentuan Tuhan, saya yakin ada hikmah di sebalik setiap perkara yang kita hadapi.

“Malah saya tidak sabar menunggu apa yang telah ditetapkan oleh Tuhan untuk hidup saya selepas ini,” jelasnya.

Awi berkata demikian ketika ditemui di sidang media JR Richards & Awi Rafael : Stripped Acoustic Showcase bertempat di pejabat urusan Warner Music Malaysia, Petaling Jaya hari ini.

Tambah Awi, walaubagaimanapun, dia mahu menumpukan sepenuh perhatian pada kerjaya dan menjaga ibunya dahulu setakat ini.

“Namun begitu, buat masa ini, saya akan menumpukan sepenuh perhatian pada kerjaya saya dalam bidang muzik dan menjaga ibu saya.

“Apabila semuanya telah berjalan lancar seperti saya mahukan, barulah saya akan fikirkan soal pasangan hidup, doa-doakan agar saya bertemu dengan bidadari yang ditakdirkan untuk saya,” tuturnya menutup bicara.

JR Richards & Awi Rafael : Stripped Acoustic Showcase akan menampilkan persembahan kolaborasi Awi bersama penyanyi Amerika Syarikat, JR Richards.

Showcase tersebut akan berlangsung pada malam esok (14 November) bermula jam 9.30 malam bertempat di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur.

Harga tiket dijual pada harga RM95 (biasa) dan RM130 (VIP).

Pembelian tiket boleh dibuat di pintu masuk lokasi berkenaan, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

In every day, there are 1,440 minutes. That means we have 1,440 daily opportunities to make a positive impact!

A post shared by Awi Rafael (@awirafael) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*