
Cef selebriti terkemuka, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan mendedahkan bahawa terdapat pihak yang berasa kurang senang dengan tindakannya berkongsi gambar wajah pesak1t kanak-kanak ketika membuat lawatan di wad Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur semalam.
Bagaimanapun, Chef Wan menjelaskan tindakannya untuk berkongsi gambar pesak1t di Instagram itu sudah dimaklumkan terlebih dulu kepada penjaga dan pihak h0spital.
“Tak ada langsung teringat di hati nak gunakan anak-anak itu untuk menjadikan diri saya nampak baik atau glamor.
“Bahkan, apabila saya memberitahu sebahagian ibu bapa dan jururawat yang saya akan post gambar mereka, mereka teruja kerana saya akan kongsikan kesedihan dan kesunyian mereka di h0spital,” tulisnya menerusi satu entri di Instagram.
Chef Wan meluahkan hal tersebut selepas terdapat individu yang menegur tindakannya itu yang disifatkan sebagai tidak sens1tif terhadap pesak1t.
Begitupun, katanya, dia sedar, dalam setiap tindakan yang dilakukan pasti ada sahaja manusia yang akan cuba menghukum dan melihat sesuatu dari sudut negat1f.
“Manusia ini ada segelintirnya jika nak cari kesilapan orang lain dan tidak berlapang dada, akan ingat yang bukan-bukan.
“Tak boleh ke dia melihat apa yang kami cuba lakukan adalah satu bentuk kebaikan yang datang ikhlas daripada kami semua untuk memberi senyuman kepada mereka,” tulisnya.
Terdahulu, Chef Wan mengadakan kunjungan selama empat jam ke wad kanak-kanak PPUKM bagi menghulurkan sumbangan yang diperoleh menerusi satu kutipan dana.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : Gempak
Leave a Reply