Sorry Korea, Mi Segera Pulau Pinang Ini Dinobatkan Sebagai Nombor 2 Paling Sedap, Kalahkan Samyang.

Baru-baru ini satu kajian mengenai kesedapan mi segera telah dijalankan oleh sebuah portal berita Los Angeles Times.

Hasil daripada kajian tersebut, pihak mereka menobatkan Indomie keluaran Indonesia sebagai mi segera paling lazat di dunia.

Malaysia pula dinobatkan sebagai mi segera nombor dua paling sedap di dunia, namun jenama yang terpilih bukanlah yang anda sangka.

Agak mengejutkan apabila Malaysia meraih kedudukan itu menerusi mi segera, MyKuali Penang White Curry.

Menurut ujian berkenaan, mereka menyatakan mi tersebut mempunyai rasa makanan laut serta lemak santan menyelerakan.

Kedudukan ini sekali gus menewaskan jenama terkenal korea iaitu Nongshim dan Samyang.

Difahamkan terdapat 31 mi segera yang diuji oleh LA Times. 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Latimes via Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*