Tular Rakaman Adira Kant0i ‘Miming’ Di MeleTOP, Peminat Tetap Beri Sokongan!

Penyanyi popular Hafiz Suip dan Adira Suhami baru-baru ini muncul dalam rancangan bual bicara berkonsepkan hiburan, MeleTOP. Kedua-dua penyanyi ini dijemput menyanyikan lagu duet terbaru mereka iaitu ‘Takdir Tercipta’.

Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah ketika mereka menyanyikan lagu itu dan terkantoi hanya melakukan miming, bukannya menyanyi secara langsung.

Ini terjadi apabila Adira terlambat ‘masuk’ apabila giliran dia menyanyikan membuatkan Hafiz tidak dapat menahan ketawa. Lebih malang lagi pada ketika itu kamera di studio sedang fokus pada mereka dari jarak dekat.

Rakaman ketika perkara ini berlaku sempat dirakam dan dikongsikan semula seorang pengguna Twitter @FLjasmay. Video hanya berdurasi 19 saat itu meraih lebih 107,500 tontonan dan 5,000 retweets.

Biarpun begitu, orang ramai tetap memberi sokongan kepada mereka berdua dengan meninggalkan kata-kata positif dan semangat di ruangan komen seperti berikut:

“Ala miming pun takpe. Live pun sedap suara diorang….”

“Xpe boleh dimaafkan sebab Adira nyanyi live kat mana-mana pun memang best”

“I believe they can sing well. So apa ada hal sekali sekala miming. Bukan competition pun”

“Yang belakang tu acah2 petik gitar”

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: FLjasmay via HCL

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*