Akhirnya terjawab! UMS sahkan pelajar ambil exam dalam talian Jun lalu – Semasa

 

KEBENARAN akhirnya terungkai.

Begitulah kisahnya melibatkan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin yang did4kwa tidak mengambil peperiksaan sebagaimana dipaparkan menerusi videonya sebelum ini.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) Datuk Seri Masidi Manjun, Veveonah tidak menipv dan telah menduduki peperiksaan akhir secara dalam talian pada Jun lalu.

“Setelah mendapat penjelasan terperinci daripada Pengarah Pusat Asasi Sains UMS, saya mengesahkan pelajar Asasi Sains, Veveonah telah menduduki peperiksaan akhir pada 9 hingga 12 Jun 2020.

“Veveonah seorang pelajar cemerlang dan akan meneruskan kursus ijazah Sains Marin di UMS,” ujarnya.

Pengerusi Universiti Malaysia Sabah (UMS) Datuk Seri Masidi Manjun.

Kenyataan itu ditulis menerusi akaun Twitter miliknya pada Selasa petang.

Terdahulu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dalam perbahasan di Parlimen mendakwa remaja itu tidak menjawab sebarang peperiksaan ketika rakaman video memanjat pokok itu dibuat.

Menurut Zahidi, maklumat yang diterimanya mengenai Veveonah diperoleh daripada Ahli Parlimen Kudat, Datuk Abdul Rahim Bakri yang juga timbalan menteri kewangan 1.

Veveonah, dari Pitas, Sabah, menjadi perhatian pada Jun lalu susulan videonya terpaksa memanjat pokok di kampungnya semata-mata untuk mendapatkan capaian internet yang baik dalam membolehkan beliau menjalani ujian, tuIar di internet.

Kisah tersebut menarik perhatian ramai sehingga ahli politik serta pihak bertanggungjawab melawat kampungnya dalam usaha memberi bantuan serta menawarkan rangkaian internet yang lebih baik.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*