“Alang2.. buat kat kvbur terus….” – Ismail Izzani Ada Sebab Kukuh Rakam Muzik Video Dalam G3reja.. Tapi Timbul Rasa Kurang Senang Netiizen

Melakukan penggambaran muzik viideo untuk lagu terbaharunya berjudul Ada Cara di sebuah gereja, penyanyi muda Ismail Izzani berkata dia bersedia untuk berdepan dengan kec4man netiizen yang kurang senang dengan tindakannya itu.

Sedar pemilihan lokasi penggambaran video muzik tersebut akan menimbulkan sensitiviti, namun Ismail berkata dia mempunyai sebab kukuh dan berpegang pada mesej yang yang mahu disampaikan menerusi lagu berkenaan.

“Saya bersedia dengan segala kemungkinan. Cuma apa yang saya mahu tek4nkan ialah mesej yang cuba disampaikan dalam video video ini.

“Saya mahu penonton nampak jalan cerita tentang sepasang kekasih tetapi berbeza agama. Saya memilih gereja supaya senang orang faham konteks jalan cerita Ada Cara menyentuh soal agama. Jadi saya tidak rasa ada yang salah,” katanya kepada Kosmo!

Kata Ismail lagi, penggambaran video muzik yang dilakukan di sebuah gereja di Damansara, Petaling Jaya itu turut memberi pengalaman baharu buat dirinya dan akui kekok pertama kali masuk ke tempat berkenaan.

“Mestilah rasa pelik sebab ini kali pertama saya masuk ke situ. Rasa tidak biasa dan keko0k. Sampaikan saya terpaksa ambil masa selama setengah jam untuk bersedia sebelum memulakan penggambaran.

“Tetapi apabila fikirkan tentang mesej yang ingin disampaikan kepada penonton, saya perlu buat yang terbaik. Lirik lagu ini sendiri pun sudah mendalam, ditambah dengan visual dalam gereja membuatkan hasilnya sangat mengagumkan.

“Apatah lagi lagu ini berkisar tentang agama. Kisah cinta seorang lelaki yang berpegang teguh kepada agamanya. Manusia berbeza tetapi Tuhan hanya satu dan lelaki dalam lagu memilih Tuhannya,” katanya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

– Tetap ADA CARA kan kita masih ada harapan. 30th SEPT 🪐🌠 #ADACARAFAM

Siaran dikongsi oleh @ ismailizzani_ pada

KOMEN NETIIZEN:

“Alang2.. buat kat kubur terus….”

“Mungkin buat lagu utk non muslim….”

“Banyak kecamm, banyak lah view…”

“….better hormat tempat ibadat…”

 

Sumber: ROTIKAYA

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*