‘Doakan saya hamiil…’ – Siti Nurhaliza

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 41, meminta peminat mendoakan semoga impiannya menimang cahaya mata kedua menjadi kenyataan.

Mengulas spekvlasi mendakwa sudah berbadan dua, Siti, 41, berkata dia tidak akan menyembunyikan berita gembira apabila tiba masanya nanti.

“Doakan semoga hasrat saya untuk kembali ham1il menjadi kenyataan. Insya-Allah, apabila betul-betul berlaku, saya akan berkongsi berita gembira dengan peminat,” katanya secara eksklusif kepada BH Online.

Mengulas kelibatnya yang jarang kelihatan dalam pelbagai acara berbanding sebelum ini, penyanyi yang sedang meledak menerusi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu menegaskan jadual hariannya masih sama.

“Ada ketika, saya buat kerja dari rumah sambil melayan Siti Aafiyah. Jika ada tugasan yang memerlukan saya berada di pejabat atau lokasi lain, saya tetap keluar.

“Saya ada dan tak hilang ke mana pun,” ujarnya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalammualaikum semua, nak tanya ni,..korang ada suggestion tak lagu apa yg saya patut COVER? Saya akan pilih 1 lagu ..Tolong komen kat bawah ni ok!

Siaran dikongsi oleh Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) pada

Spekulasi mengenai keham1ilan penyandang trofi Anugerah Seri Perak, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 itu mula diperkatakan berdasarkan reaksi spontan anaknya yang menyebut ayat ‘Aafiyah nak baby ni’ menerusi sesi siaran langsung menerusi Instagram (IG) penyanyi bersuara lunak merdu itu, baru-baru ini.

Tindakan Siti Aafiyah menc1ium perut Siti berulang kali juga seakan memberi bayangan yang ibunya kini berbadan dua.

Pada Julai lalu, BH pernah melaporkan yang isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu tidak berhasrat menangguhkan keinginan memiliki cahaya mata kedua biarpun kerjaya seninya kembali rancak dengan kemunculan album terbaharu berjudul ManifestaSITI2020.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat menyambut Hari keputeraan( kelahiran )ke-60 buat Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Tuanku Permaisuri Idola patik dalam mengharungi cabaran untuk bergelar seorang ibu. Keimanan,Kesabaran yang tinggi & usaha yang tidak kenal lelah Tuanku tunjukkan menjadi inspirasi patik untuk mencapai impian yang kini jadi kenyataan .. Semoga Allah Swt lanjutkan usia KDYMM Raja Permaisuri Agung yang disayangi seluruh rakyat jelata , limpahkan Rahmat didunia dan Akhirat.. Aamiin ya Rabb.. • • Bukan raja sebarang raja, Taja hulubalang panglima berempat, Bukan raja sebarang raja, Raja penyayang,bijaksana dan berdaulat.

Siaran dikongsi oleh Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) pada

Pada Februari lalu, Siti menjalani pembed4han kecil di sebuah pusat perubatan swasta sebagai persediaan untuk mengandung. Prosedur itu perlu dilakukan bagi menggunakan kaedah raw4tan perseny4waan in-vitro (IVF) seperti yang dilakukannya ketika mengandungkan Siti Aafiyah, tiga tahun lalu.

Sumber : Berita Harian

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*