
Gara-gara pulang daripada berkempen di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada Sabtu lalu, lima menteri Kabinet dilaporkan sedang menjalani kuarant1n mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang disyorkan kerajaan.
Menurut Sinar Harian, lima menteri tersebut ialah:
- Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
- Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin
- Menteri Belia & Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
- Menteri Pertanian & Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee
Susulan hal tersebut, dipercayai ia menjejaskan mesyuarat Kabinet yang sepatutnya diadakan semalam iaitu setiap hari Rabu, namun tidak dapat dilaksanakan ekoran rata-rata kebanyakan pemimpin perlu menjalani kuarant1n.
Menerusi posting di Facebook, Ismail Sabri memberitahu yang beliau terus membuat ujian swab sebaik pulang dari Sabah dan perlu dikuarant1n di rumah sehingga keputusan diperoleh.
'Swab test' setibanya dari Sabah.Perlu kuarantin di rumah sehingga dapat result.Dengan izin Allah selepas result…
Posted by Ismail Sabri Yaakob on Tuesday, September 29, 2020
Dalam pada masa yang sama, Hishammuddin juga telah diarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalani tempoh kuarant1n di rumah bermula 28 September lalu selepas pulang dari Sabah.
Apa-apapun marilah kita doakan semoga mereka ini tidak dijangk1ti w4bak COV1D 19 dan dapat pulang bertugas seperti sediakala. Yang paling penting, duduk di rumah semasa dalam tempoh kuarantin ya! #Stayhome #Staysafe
Sumber : Lobak Merah
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Leave a Reply