L4nggar Larii WANlTA Sehingga Meniinggal, Pemuda Tampil Minta Maaf Kpd Suaminya

Kehilangan orang tersayang sememangnya sangat menyedihkan.

Lebih-lebih lagi mereka pergi dalam keadaan mengejut.

Ini kerana terlibat dengan kemalangan yang tidak disangka-sangka.

Tampil akui silap

Dalam perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Siti Nabyelah Ithinin, dia telah menceritakan perihal seorang pemuda.

Dia berani tampil bertemu sendiri pakcik saudaranya selepas merasa bersalah menjadi punca kematian isteri lelaki itu.

Sumber: Siti Nabyelah Ithinin

“Ini ka yang melanggar tu?”

“Iya pakcik. Dia la yang terlanggar macik”

“Bukan juga sengaja bah tu…”

Seketika ibu saya mencelah.

Dengan tenang pakcik berkata

“Ooh.. Iyalah. Apa boleh buat. Dia ada di sana. Kau pun ada di sana”

Sebak rasa hati, betapa tabahnya hati pakcik menerima takdir. Sebak juga rasa hati, terlihat jelas betapa takut, menyesal, dan sedihnya anak muda ini.

Bila di minta untuk cerita semula apa yang terjadi. Ambil masa yang lama untuk menenangkan diri. Dengan suara terketar-ketar di ceritakan semula apa yang terjadi.

Allahu.. X terbayang perasaan anak muda ini pada waktu dan ketika itu. Hingga ke hari ini masih trauma dirasa.

Kesimpulan ceritanya, bukan niatnya untuk lari selepas terlanggar. Cuma terlalu panik dan terlalu takut hingga otak tidak lagi dapat berfikiran waras.

Tertulis sudah Takdir didalam Qada’ Qadar Nya sejak Azali. Tiada dendam, tiada amarah.

Namanya juga manusia, tidak terlepas dari silap dan salah. Apa yang pasti setiap ketentuan Allah itu pasti ada hikmahnya.

Sabar dan Redha, itulah yang terbaik buat kita sebagai hamba di dunia.

“Pakcik.. saya minta maaf pakcik… “

Sayu sekali suaranya, air mata mengalir laju.

“Tidak apa, nak. Janganlah fikir-fikir lagi. Tidak apa..”

Di usap-usap lembut kepala anak muda itu.

Lalu kedua mereka pun menangis deras. Kami yang di sekeliling juga turut menangis simpati. Simpati dengan nasib yang menimpa kedua mereka. Allahu..

Segera ku capai handphone untuk merakam detik memilukan ini.

Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka berdua di Dunia dan Akhirat.

Apa pun keputusan dari pihak polis, semoga tidaklah terlalu berat buat seorang abang yang berkerja keras menanggung adik-adiknya yang masih bersekolah (ibu ayah tidak ada sejak mereka kecil lagi).

Seorang abang yang menggalas sepenuhnya tanggungjawab seorang ibu dan ayah.

Dialah ibu, dialah ayah, dialah abang. Allahu Allah.. remuk hati ini seremuk-remuknya. 

Mohon sedekahkan Al Fatihah buat arwah, ROSNAH BINTI HAWA. Moga-moga tenang di alam sana

Lari Semasa Langgar WANlTA Sehingga Meninggal, Pemuda Tampil Minta Maaf Kpd Suaminya

Redha dan maafkan

Pemuda itu memohon maaf atas kematian isteri pakcik tersebut sambil mengalirkan air mata di atas apa yang berlaku.

Namun begitu, lelaki tua itu telah menenangkan keadaan dengan mengusap lembut kepala anak muda tersebut.

Masing-masing yang ada dalam situasi tersebut telah mengalirkan air mata apabila kedua-duanya menangis.

Lari Semasa Langgar WANlTA Sehingga Meninggal, Pemuda Tampil Minta Maaf Kpd Suaminya

Lari Semasa Langgar WANlTA Sehingga Meninggal, Pemuda Tampil Minta Maaf Kpd Suaminya

Allahu sedih baca kejadian ni

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian warganet dimana rata-rata meninggalkan komen di posting Siti Nabyelah.

Mereka turut mengakui sebak melihat situasi tersebut dan menyatakan rasa simpati terhadap apa yang menimpa keluarga pakcik saudaranya itu.

Lari Semasa Langgar WANlTA Sehingga Meninggal, Pemuda Tampil Minta Maaf Kpd Suaminya

Semoga pakcik tabah

Lari Semasa Langgar WANlTA Sehingga Meninggal, Pemuda Tampil Minta Maaf Kpd Suaminya

Mulianya hati pakcik

Lari Semasa Langgar WANlTA Sehingga Meninggal, Pemuda Tampil Minta Maaf Kpd Suaminya

 

 

Terdahulu, pengguna Facebook tersebut telah memaklumkan bahawa ibu saudaranya dilaporkan meninggal dunia.

Ini berikutan mengalami kemalangan selepas dilanggar lari oleh seorang pemuda.

Oleh sebab rasa bersalah, pemuda tersebut tampil memberanikan diri bertemu pakcik saudaranya bagi memohon maaf di atas apa yang terjadi.

Di sini Siti Nabyelah juga memohon agar semua  yang membaca dapatlah kiranya sedekahkan Al Fatihah buat arwah makcik hamba, ROSNAH BINTI HAWA. Moga-moga tenang rohnya di alam sana. 🤲

Al-fatihah

Sumber: Siti Nabyelah Ithinin

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: budaksitu

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*