Baru Je Azzam Jadi Juara Big Stage, Sekali Siti Nurhaliza Komen Pasal Lagu

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memuji cara juara Big Stage 2020 (BS2020), Azzam Shah yang membawakan lagu nyanyiannya Aku Bidadari Syurga di pentas akhir pertandingan itu malam tadi.

Menurut Siti, Azzam mempunyai cara tersendiri membawakan lagu tersebut.

“Azzam terima kasih kerana menyampaikan lagu saya dengan cara tersendiri,” katanya melalui ciapan di laman Twitter.

Selain Aku Bidadari Syurgamu, Azzam telah mendendangkan lagu hit Grenade nyanyian asal Bruno Mars.

PENYANYI Azzam Sham muncul sebagai juara program Big Stage 2020 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.

Kemenangan itu melayakkan Azzam, 29, membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi.

Azzam menerusi ucapan kemenangan berterima kasih kepada semua yang menyokongnya terutama peminat sehingga membolehkan dia bergelar juara.

“Saya tak sediakan ucapan tapi pertama sekali saya terima kasih kepada Allah. Bakat yang saya ada daripada Allah maha berkuasa. Terima kasih ibu bapa, keluarga, datuk dan nenek saya

“Terima kasih juga kepada peminat yang selalu undi saya, ” katanya.

Pada pentas akhir itu, Azzam menyampaikan lagu Aku Bidadari Syurgamu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza dan lagu Grenade (Bruno Mars).

Dia menerima markah daripada juri dan undian penonton secara online sebanyak 67.85 peratus.

Naib juara dimenangi oleh Usop dengan markah sebanyak 66.57 peratus dan tempat ketiga oleh Qody Rany dengan markah sebanyak 61.85 peratus.

Masing-masing membawa pulang wang tunai RM50,000 dan RM20,000 beserta trofi.

Manakala, tempat keempat dan kelima menjadi milik Dinie Rashid (60.04) dan Fadh Majid (58.80).

Usop selaku naib juara menyanyikan lagu Arjuna Mencari Cinta nyanyian asal Dewa 19 dan lagu Peluang Kedua (Nabila Razali).

Kesemua peserta dihakimi oleh dua juri tetap iaitu Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir dan Ajai serta juri undangan Misha Omar.

Keputusan pemenang ditentukan oleh pemarkahan juri dan undian penonton secara online.

Big Stage musim pertama menyaksikan penyanyi Sarah Suhairi menjadi juara manakala juara untuk musim kedua pula milik penyanyi berasal dari Korea Selatan iaitu Han Byul.

Big Stage 2020 disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123) dan ia dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad.

Sumber : GEMPAK, Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*