“Bini kau aku follow hari2 B**I, S*** kau Samsul” – Syamsul Yusof Dan Keluarga Diugvt Dan Dianc4m Individu Tak Dikenali.. –

PENGARAH filem dan pelakon Syamsul Yusof menerima mesej berbaur ugvtan dan anc4man terhadap dirinya, anak dan isteri di Instagram daripada individu tidak dikenali.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 36, berkata, mesej dihantar individu yang menggunakan akaun bernama Velvetblack itu agak keterlaluan kerana ia melibatkan maruah dan keselamatan keluarganya.

“Belum reda kes YouTube itu, timbul lagi kes saya menerima ugvtan berbentuk anc4man. Sebenarnya sebagai selebriti, saya sudah biasa menerima komen neg4tif dan kata-kata ugvtan.

“Tapi kali ini melamp4u kerana melibatkan maru4h, keselamatan anak dan isteri. Saya dapat daripada DM (direct message) bernama Velvetblack. Selain peminat, h4ters ada juga menghantar mesej kepada saya tapi saya tidak ambil port (ambil kisah).

Syamsul bersama isterinya Puteri Sarah Liyana dan dua cahaya mata mereka.

“Saya tak pasti orang tu hantar sejak bila tapi malam tadi baru saya menyedari mesej tersebut. Saya tidak tahu agenda dia samada dia mvsuh atau tidak. Tetapi benda itu sudah mel4mpau sebab itu saya ambil tindakan ini, ” katanya kepada mStar.

Syamsul ditemui ketika sidang media selepas dia membuat laporan polis terhadap akaun tersebut di Balai Polis Taman Melawati, Kuala Lumpur pada Selasa.

Anak kepada penerbit Datuk Yusof Haslam ini turut ditemani dua orang penguam dari Tentuan Saiful, Roger & Co iaitu Aizul Rohan Anuar dan Saiful Dzulhelmi Zulkifli.

Perkara ini mel4mpau kerana melibatkan maruah, keselamatan anak dan isteri

SYAMSUL YUSOF

PENGARAH DAN PENERBIT FILEM

Menerusi laporan mStar pada 29 September lalu, Syamsul meluahkan rasa ber4ng apabila kisah rumah tangganya dijadikan modal sensasi berbaur fitn4h sebuah saluran YouTube.

Tampil menerusi satu rakaman video di Instagram, Syamsul dengan nada m4rah berkata penggunaan tajuk dengan maksud kononnya dia berlaku cur4ng terhadap isteri, Puteri Sarah adalah fitn4h.

Menerusi video itu Syamsul turut menunjukkan muat naik saluran YouTube Cabik Geronong dengan tajuk ‘TAK SANGKA! Rupanya Syamsul Yusof Cur4ng dengan Puteri Sarah.

Syamsul menunjukkan bukti mesej yang diterima di laman sosial.

Dalam pada itu, pelakon dan pengarah filem Munafik ini menegaskan dia akan terus mencari individu di sebalik akaun itu bagi mencari penyelesaian jika ada perkara-perkara berbangkit melibatkan dirinya.

Syamsul juga mengajak individu tersebut berdepan dengannya secara bertentang mata tanpa perlu melibatkan anak dan isterinya.

“Saya dah nekad no more Mr Nice Guy. Saya perlu pertahankan diri dan akan cari siapa yang membuat ugvtan ini kepada saya. Kalau tak puas hati dengan saya, apa kata jumpa saya depan-depan.

“Tak perlu melibatkan anak dan isteri. Saya m4ti pun tak apa, anak jangan sentuh. Saya tidak mahu menvduh mana-mana pihak kalau tiada bukti. Sebelum ini, saya pernah menerima mesej daripada akaun yang sama pada awal tahun ini.

“Kali ini saya menyedari mesej itu sebab ada berbaur ugvtan dan anc4man. Saya ada balas mesej tersebut namun selepas itu, akaun itu dinyaktifkan, ” ujarnya.

Dalam pada itu antara kandungan ugvtan itu berbunyi: Jangan fikir anak dan bini kau selamat sekarang. Aku tahu mana kau tinggal dan mana anak kau sekolah. Bini kau aku follow hari2 B**I, S*** kau Samsul.

Jangan ingat kau dah kaya kau boleh lepas. Siap kau, gambar fake photoshoot aku buat kasi viral satu Malaysia. Senang je nak jahanamkan famili kau.

Sebelum ini, rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah menjadi perhatian apabila aktres tersebut dilaporkan berada di pejabat agama pada 18 September lalu.

Syamsul berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah yang kini berusia setahun.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*