Usop Luah Hasrat Nak Kahwin Tapi Di Rahsiakan, belum berani dedah identiti kekasih

PENYANYI Usop mengakui sudah mempunyai kekasih dan berhasrat untuk mendirikan rumah tangga sebelum menyertai program realiti Big Stage 2020.

Menurut Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Mohd Noor, 23, biarpun sudah mempunyai perancangan untuk berkahwin namun dia masih belum menetapkan tarikh yang sesuai.

Usop enggan mendedahkan identiti kekasihnya.

“Niat saya lama dah sebelum sertai Big Stage… sebenarnya saya nak kahwin. Buat apa saya nak rahsiakan benda baik macam ini.

“Memang sudah ada perancangan dan kalau lagi cepat, lagi bagus. Benda yang baik buat apa saya lambat-lambatkan,” kata Usop kepada mStar.

Big Stage musim ketiga menyaksikan penyanyi Azzam Sham diumum sebagai juara manakala Usop mendapat tempat kedua.

Dia bukan dalam kalangan selebriti tapi hanya orang biasa saja.

USOP

PENYANYI

Penyanyi lagu Pencinta Setiamu itu memenangi tempat kedua dengan membawa pulang RM50,000 berserta trofi.

Penyanyi Qody Rany pula berada di kedudukan ketiga, Dinie Rashid dan Fadh Majid masing-masing berada di tempat keempat serta kelima.

Dalam pada itu, Usop enggan mend3dahkan identiti wanita yang akan menjadi bakal isterinya kerana mereka masih belum mempunyai sebarang ikatan.

Usop dedah kekasih lebih tinggi daripadanya.

Usop memberitahu teman wanitanya itu berasal dari Pulau Pinang dan memiliki ketinggian lebih daripadanya serta berkulit cerah.

“Tapi buat masa sekarang, saya perlu rahsiakan identiti kekasih saya. Sebab belum ada ikatan apa-apa lagi, jadi tak boleh la beritahu siapa orang itu.

“Dia bukan dalam kalangan selebriti tapi hanya orang biasa saja. Dia lebih tinggi daripada saya dan berkulit cerah. Orangnya berasal dari Pulau Pinang… anak mami!

“Saya mengenali si dia selepas saya keluar daripada rancangan realiti Mentor,” ujarnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:Mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*