“Macam Main Bola Tapi Bola Takde,” – Sepahtu Reunion Live Akan Berlangsung Tanpa Penonton, Ini Reaksi Jep

Setelah sekian lama berehat, Sepahtu Reunion Live akhirnya tampil dengan musim terbaru.

Masih mengekalkan barisan pelawak yang sama seperti Jep, Syuk, Rahim, Ilya serta barisan cameo jemputan, Sepahtu Reunion Live kini tampil dengan sedikit kelainan apabila mereka dikatakan bakal beraksi tanpa kehadiran penonton dek kerana pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula sejak Rabu.

Menurut Jep pula, apabila dia tahu mengenai perkara tersebut, ia secara tidak langsung memberikan pengalaman yang berbeza buat dirinya sepanjang bergelar pelawak.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bila dapat tau #sepahtureunionlive khamis ni kau kne buat lawak tanpa penonton.. Bolehlah diumpamakan seperti main bola tapi bola takde 🤣🤣

Siaran dikongsi oleh Jepsepahtu (@jepsepahtu) pada

“Bila dapat tahu #sepahtureunionlive Khamis ni kau kena buat lawak tanpa penonton…Bolehlah diumpamakan seperti main bola tapi takde bola,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan penyampai radio Sinar itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Malah, ketika menjawab komen salah seorang individu, Jep memberitahu, membuat lawak ketika tiada penonton semasa sesi rakaman adalah berbeza jika ingin dibanding dengan persembahan secara langsung.

“Record dengan live banyak beza,” katanya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memberikan kata-kata semangat buat seluruh tenaga kerja Sepatu Reunion Live selain turut tidak sabar nanti persembahan minggu pertama kumpulan tersebut.

Sepahtu Reunion Live bakal bersiaran setiap Khamis bermula malam ini secara eksklusif di Astro Warna (127) dan Warna HD (107) jam 9.00 malam.

Sumber: Instagram Jep Sepahtu

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : MH

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*