[Video] Jepp Buat Law4k Budak 46, Sampai Menc1cit Yusry Tahan Gelak.. “Masuk sketsa part saya, memang saya tak tahanlah”.. –

Bukan mudah untuk melakukan sesuatu dengan spontan biarpun sudah ada jalan cerita yang disediakan. Apa-apa saja boleh berlaku dalam Sepahtu Reunion Live 2020, dan itulah yang dirasai oleh artis kacak serba boleh Yusry Abdul Halim.

Yusry dijemput menjadi pelakon cameo dalam episod pertama Sepahtu Reunion Live 2020 yang ditayangkan malam tadi.

“Susp3ns juga sebenarnya. Sebelum ni saya pernah buat cameo tapi bersama KRU. Ada Norman, Edry dan saya back up saja. Cuma bila sorang ni jadi cuak jugak.

Tapi saya tahu mereka ni memang ‘pec4h’ dan saya layankan je. Mereka ni bila spontan buatkan saya macam terlupa nak cakap,” ketawa Yusry ketika ditemu bual Gempak.

Menurut Yusry yang turut ditemani isterinya Lisa Surihani, dia tiba awal supaya dia dapat memahami jalan cerita yang ingin disampaikan.

“Saya dah tahu apa nak buat, tapi bila saya juga jadi penonton dan melihat lawak mereka tentang ‘suara hati’ lah, berkawadlah, saya dah tergelak. Jadi mood saya dalam mood gelak.

“Tiba pulak berdepan dengan mereka, saya macam alamak! Kemudian kena masuk sketsa part saya, memang saya tak tahanlah. Saya sangat enjoy bekerja dengan mereka kerana mereka sangat-sangat profesional,” kata Yusry yang masih ketawa bila diungkapkan kembali ayatnya ‘Encik Selamat dah selamat’..

Video:

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*