‘Insya-Allah Khabib menang’ – Ronaldo

 Turin: Cristiano Ronaldo memilih Khabib Nurmagomedov memenangi perlawanan apabila bertemu Justin Gaethje pada UFC 254.

Khabib yang belum pernah tewas, akan beraksi di Fight Island minggu depan bertemu juara interim, Gaethje dalam kategori lightweight.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Как Отец говорил: навязывай ему свою игру, иди до конца, и ты увидишь – как сдаются другие.

Siaran dikongsi oleh Khabib Nurmagomedov (@khabib_nurmagomedov) pada

Ronaldo yang juga bintang Juventus berusia 35 tahun, ditanya ramalannya berhubung perlawanan itu.

Ikon Portugal itu yang ketika ini menjalani pengasingan diri selepas didapati positif Cov1d-19, memilih Nurmagomedov, 32, untuk mempertahankan kejuaraannya.

Ronaldo ketika bersiaran langsung di Instagram menjawab: “Sudah tentu Khabib akan memenangi perlawanan itu. Saudara saya, Insya-Allah!”

Kedua-dua atlet berstatus bintang itu pernah bertemu pada 2018 yang menyaksikan mereka bergambar bersama-sama dengan Khabib memegang jersi Real Madrid.

Ronaldo adalah peminat UFC dan sebelum ini pernah berlatih bersama seteru utama Khabib, Conor McGregor, 32.

McGregor dan pemenang anugerah Ballon d’Or sebanyak lima kali itu bertemu di Las Vegas pada 2016.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:MyMetro

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*