“Disebabkan keinginan untuk meraih kemewahan dengan cara mudah”

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dalam satu kenyataan kepada Harian Metro tidak menolak dakw4an kewujudan selebriti terbabit dalam sind1ket pel4curan kelas atasan.

Zed Zaidi bagaimanapun mend4kwa hanya segelintir kecil yang terbabit dan ia disebabkan keinginan mereka untuk meraih kemewahan dengan cara mudah.

Gambar hiasan

“Mereka menggunakan media sosial menunjukkan kemewahan yang tidak setara dengan pendapatan mereka. Ia sekali gus menunjukkan yang mereka mungkin terbabit dengan perkara itu. 

“Apa yang kita bimbangkan adalah hanya disebabkan segelintir selebriti, ia boleh mencemarkan imej industri hiburan tanah air,” katanya.

Zed juga tidak menafikan kemungkinan pembabitan mereka disebabkan peluang pekerjaan terhad dan krisis pandemik C0vid-19.

“Seniman sebenarnya boleh bekerjasama dengan agensi kerajaan yang terbabit bagi menyediakan garis panduan terhadap perkara ini. Namun, jika kita lihat dengan kes yang berlaku sekarang, perkara ini perlu diserahkan kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan R4suah Malaysia (SPRM) dan agensi terbabit untuk urusan lanjut,” ujarnya.

Kredit foto: Berita Harian

Tambah Zed, Seniman juga mempertimbangkan untuk menyenarai hitamkan selebiriti yang didapati bersalah.

Selain pelacuran, persatuan itu tegas membanteras isu membabitkan pengubahan wang har4m, r4suah, jen4yah dan lain-lain kesalahan jenayah berat membabitkan selebriti tanah air. –

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: cari

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*