“Jumpa Je Buat Lawak” Ramai Tak Tahu, Apa Sebenar Yang Terjadi Pada Jozan

Berkongsi dua keping gambar suami dan teman baik suaminya yang sedang tidur, pelakon Ozlynn Waty berkongsi serba sedikit tentang sebahagian kecil kehidupan sebagai pelawak.

Dua keping gambar Johan dan Zizan yang sedang tidur itu nampak kelakar, tetapi di sebaliknya ada perkara yang sukar difahami oleh orang lain kecuali yang kenal dengan kehidupan mereka ini.

“Barai.. Kadang orang tak paham. Bila jumpa nak suruh buat kelakar.

“Hidup dengan depa berdua ni kadang tengah teman dorang nangis tiba-tiba ada orang datang mintak bergambar. Terus senyum,” tulis Ozlynn sebagai kapsyen gambar tersebut.

Tambah Ozlynn, biar pun ketika mereka sedang melalui saat-saat sedih dan duka, tetapi demi menjaga hati peminat mereka tetap senyum dan menunjukkan jiwa kelakar mereka.

“Walaupon jiwa dan hati tengah sedih tetapi dorang jaga hati kita. Sayang la kat depa dua ni. Bila tengok dorang tido haihhhhh cair rasa.

“Tapi bila bangun jek mula la aku nak naik antu!! Nakal!! Akai panjang!! Hope sampai ke tua la aku lalu nak layan dorang,” tulis Ozlynn menyampai rasa hati biarpun secara berseloroh.

Sejak bersama menyertai Maharaja Lawak, Johan dan Zizan yang menamakan kumpulan duo mereka sebagai Jozan sentiasa menghiburkan peminat dengan lawak-lawak mereka.

Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail berkahwin dengan Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz pada 25 Julai 2009. Pasangan ini dikurniakan dengan lima orang cahaya mata.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : GEMPAK

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*