” Terus Bawa Ke Em3rgency” -Anzalna

Pelakon Anzalna Nasir memaklumkan bahawa anaknya, Mohamad Eidrees yang baru berusia setahun mengal4mi dem4m panas sejak beberapa hari lalu.

Menurut Anzalna atau nama sebenarnya, Nur Anzalna Md. Nasir, 32, anaknya itu kemudian dikejarkan ke hospital selepas suhu badannya mencecah hampir 40 darjah selsius.

“Sejak beberapa hari lalu, Eidress tidak sihat. Dia dem4m. Suhu badannya, cecah 39.5 darjah selsius. Bawa ke emergency (jabatan kec3masan) terus! 

“Nak ikutkan hati, nak admit (masuk wad), tetapi macam-macam dalam kepala dengan keadaan sekarang ini,” katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

Begitupun, katanya atas nasihat doktor, dia kemudian membawa pulang Eidrees untuk dipantau keadaan kesihatannya di rumah sahaja.

“Jadi, doktor nasihatkan suruh pantau dan bagi ubat dulu. Saya bersyukur kami buat keputusan yang betul untuk bawanya pulang ke rumah. 

“Pantau dari rumah biarpun tak cukup tidur dan rehat, tetapi gembira dan lega sangat bila tengok Eidress kembali seperti sedia kala. Syukur Alhamdulillah. High five! @hanif_zaki kerjasama yang bagus,” coretnya.

Dalam entri tersebut, Anzalna berkongsi sebuah video yang memaparkan Eidrees yang cukup mudah untuk minum ubat yang diberikan kepadanya.

Di ruangan komen, rata-rata mendoakan agar anaknya itu segera sembut.

Anzalna mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohamad Hanif Mohamad Zaki, 32, pada 21 Februari 2016.

Selepas tiga tahun berkahwin, pasangan itu kemudian dikurniakan cahaya mata sulung, Mohamad Eidrees pada 31 Mei 2019.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*