Kes Wang H4ram, Sharnaaz sedia beri kerjasama kepada SPRM

KUALA LUMPUR: Pelakon Sharnaaz Ahmad sedia memberi kerjasama jika dipanggil Suruhanjaya Pencegahan R4suah Malaysia (SPRM) bagi membantu si1asatan kes pengubahan wang har4m oleh sindiket Mac4u Sc4m dan perjvdian dalam talian .

Bagaimanapun, Sharnaaz atau nama sebenar, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 35, memberitahu, setakat ini, dia belum menerima arahan mana-mana pihak, biarpun ada yang mendakwa dirinya menjadi antara selebriti yang dikatakan bakal dipanggil SPRM.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Budak gemok say hai.. bila entah nak diet kering.. ni pump sikit nak tercirit ada lah rasanya.. nasib mamu barista ada.. kayuhhh laju, dayung pun laju 🤪 @mamubarista

Siaran dikongsi oleh Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) pada

“Setakat ini, belum ada sesiapa dari SPRM yang menghubungi saya. Lagipun, kalau mereka hendak panggil, ia tidak akan beritahu lebih awal.

“Tahu-tahu sahaja sudah berada di sana. Bagaimanapun, sama ada dipanggil atau tidak, saya akan beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkenaan,” katanya kepada BH Online.

Sharnaaz mengaku ketika isu itu dibangkitkan, dia pernah menghubungi SPRM untuk memberi keterangan.

“Cuma saya tidak boleh hendak kongsi maklum balas SPRM berhubung penjelasan saya itu kerana ia sulit dan peribadi,” katanya.

Ditanya apakah isu itu memberi impak negatif kepada perniagaan kedai minuman yang diusahakannya, pelakon filem Jebat ini berkata, kesannya lebih kepada jenama.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Orang kata sy ensem, tapi sy sangkal kenyataan media itu.. kerana sy “terlampau ensem”.. aaa baru betoi martttt.. ok chow tiktokers.. 👍🏼😎 jangan maraaaaa yee

Siaran dikongsi oleh Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) pada

“Alhamdulillah, perniagaan saya seperti biasa dan tiada apa-apa yang berlaku. Cuma daripada segi jenama, ia agak terjejas. Bagi saya, kita tak perlu takut kalau kita tidak salah. Kita hanya berada pada masa dan tempat yang silap.

“Hendak kata buat salah, tiada siapapun yang buat salah.

“Kita tak boleh menghakimi orang. Walaupun dia pakai baju warna oren, selagi mahkamah tak jatuhkan hukvm, kita tak boleh kata mereka itu bersalah. Mereka hanya dipanggil untuk disoal si1asat sahaja,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro Online melaporkan dua artis terkenal yang terbabit dalam bidang lakonan dan pengacaraan, antara beberapa artis dijangka dipanggil ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan selepas tiada selebriti tampil secara sukarela.

Menurut sumber Harian Metro Online, dua individu terbabit menjalankan perniagaan dan mempunyai lebih sejuta pengikut di laman sosial.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Wa kat belakang lu bro @shuibsepahtu Wa sayang lu..

Siaran dikongsi oleh Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) pada

Sumber : Berita Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*