Mas Anizan Bakal Terima Menantu Sulung

Baru-baru ini, pada 10 Oktober telah berlangsung majlis merisik puteri sulung kepada pelakon Mas Anizan, Mas Aliza, 25.

Majlis yang diadakan di TPC KUala Lumpur itu dihadiri 25 tetamu di kalangan keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Memetik Nona, Mas Anizan, 47, berkata, majlis pertunangan bakal diadakan pada awal tahun depan dan disusuli dengan majlis pernikahan pada hujung tahun.

Kredit foto : Nona

Kredit foto : Nona

Kredit foto : Nona

Walaupun perkenalan kedua-dua anak dan bakal tunangnya itu hanya enam bulan, namun Mas Anizan yakin bakal menantunya, Faruq Azran, seorang juruterbang, berjaya menawan hati Mas Aliza.

“Dalam sedih akan melepaskan puteri sulung kepada keluarga baru, saya tetap gembira kerana doa yang selama ini dipanjangkan akhirnya dikabulkan. InsyaAllah saya yakin, bakal menantu akan menjaga Baby dengan baik,” kata wanita kelahiran Teluk Intan, Perak itu.

Kredit foto : IG masanizan1, Nona

Kredit foto : IG masanizan1, Nona

Selain Mas Aliza, Mas Anizan turut mempunyai seorang anak lelaki, Mohd Masli Danial, 20,  hasil perkahwinannya bersama ahli perniagaan, Ali Bapoo. Selang beberapa tahun kehilangan suami, Mas Anizan mendirikan rumah tangga buat kali kedua dan dikurniakan seorang anak perempuan, Ariana Marissa yang kini berusia enam tahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: cari

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*