
“Hari-hari duk tanya, takda orang nak beli serai ke kak?”
Seorang anak meluahkan rasa sedih selepas ditanya ayahnya sama ada mereka mempunyai pelanggan untuk membeli jualan serai.
Ketika dihubungi Gempak, pemilik nama Nurul Faizah Afiqah nekad untuk menolong mencari pendapatan ayahnya, Mansor Abdul Manan, 54, dengan mempromosikan bisnes keluarga di laman Twitter.
“Sebagai anak sulung mesti la rasa sedih bila ayah tanya macam tu. Perniagaan serai ini baru lagi dalam tahun lepas. Awal dulu hantar dekat kedai runcit depan rumah.
“Kadang-kadang ayah buat sistem barter dengan kedai untuk tukar dengan ikan. Ikan itu untuk kucing ayah, nama dia Barbie.
“Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bulan tiga haritu jadi susah sikit, itu yang kami guna platform Shopee sebab ramai beli atas talian masa tu. Memang sold out.
“Ni serai dah naik balik tapi kurang sikit jualan. Lepas promote semalam dekat Twitter alhamdulillah dapat sambutan menggalakkan,” katanya.
Tambah gadis berumur 25 tahun ini, tidak pernah timbul perasaan malu malah dirinya bangga dapat membantu ayahnya.
“Saya tak rasa malu tapi rasa bangga dan seronok sebab boleh tolong ibu bapa. Hampir setiap hari saya tengok ayah jaga serai dan tanaman dia yang lain.
“Jadi bila serai terjual, ayah gembira, jadi saya pun tumpang seronok juga,” katanya lagi.
Dalam pada itu, anak sulung daripada lima orang adik beradik ini menyatakan ayahnya turut menjual daun pandan dan dalam masa sama sedang menanam kunyit di kebun yang terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang.
Sehingga artikel ini ditulis, tweet itu telah mendapat lebih 2,000 kicauan (retweet) dan 1,000 tanda suka (likes).
Salam semua ! Abah sy tanam serai ni. Hari2 duk tanya “takdak org nk beli serai ke kak?”. 😭 Kalau ada yg nak beli, meh la beli dgn abah sy. Dia tanam sendiri ni dkt kebun kecik dia. Berisi tau serai dia. https://t.co/flNUoXyMta . Minta tolong RT ya kawan2. TQ 🥺 @adibahnoor pic.twitter.com/1XCL80sq5e
— Fqa ✊🏻🇲🇾🌺 (@fqabusiness) October 25, 2020
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber:gempak
Leave a Reply