Fasha Sandha Dikritik Tentang Cara Pemakain Tudung Anaknya

Kata pepatah dulu-dulu, ‘kerana mulut badan binasa’ mungkin tidak begitu sesuai apabila melibatkan media sosial tetapi itu yang mungkin hampir tepat boleh dikatakan dengan segelintir netizen ketika ini.

Terlalu cepat menghakimi dan menjatuhkan hukuman, malah lebih teruk lagi menghampiri penghinaan terutamanya terhadap golongan selebriti.

Itulah yang terjadi kepada Fasha Sandha apabila dia berkongsi beberapa keping gambar anaknya, Puteri Raysha Jemyma yang sedang belajar secara atas talian dan dimuat naik ke Instagram miliknya.

“Pelajar dewasa pun pening dengan online classes, inikan pula anak yang belum cukup 6 tahun. Covid 19 please go away,” tulis Fasha sebagai kapsyen gambar tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pelajar dewasa pun pening dengan online classes, inikan pula anak yang belum cukup 6 tahun 😭 Covid 19 please go away #iburayfalraysha

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Ramai yang memuji kecantikan Raysha seperti ibunya. Namun, seorang netizen telah mengundang kemarahan ramai apabila meninggalkan komen yang tidak sepatutnya pada entri tersebut.

“Ajar Anak pakai tudung macam tu ke.. pakai baju tangan pendek pakai tudung.. mak pun macam tu.. Kesian anak”, tulis seorang netizen di ruangan komen gambar tersebut.

Kritikan tersebut mendapat balasan hampir seratus komen daripada wargamaya lainnya yang ternyata tidak bersetuju dan marah dengan apa yang ditulis oleh netizen tersebut.

Puteri Raysha Jemyma dan Putera Rayfal merupakan cahaya mata hasil perkahwinan pertama Fasha bersama Rizal Ashram Ramli. Selain itu, Fasha mempunyai seorang cahaya mata, Aisha Amaira hasil perkahwinannya bersama pelakon Aidil Aziz.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*