Ramai pemandu teksi yang menangis dengar kata-kata UEL

JIKA sebelum ini, kewujudan e-hailing menjadi salah satu cabaran utama kepada para pemandu teksi kerana lebih ramai penumpang beralih kepada perkhidmatan berkenaan lantaran lebih mudah dan sedikit menjimatkan.

Kini nasib mereka ibarat ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ kerana sumber pendapatan terus terjejas teruk ekoran pandemik Covid-19.

Ada yang keluar seawal pukul 6 pagi mencari penumpang dan pulang ke rumah sehingga ke tengah malam, namun hasil yang diperolehi ternyata tidak seberapa.

Memahami perit jerih yang ditanggung oleh golongan pemandu teksi yang rata-ratanya sudah berusia, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew tidak mampu untuk ‘menutup mata’ tanpa melakukan sesuatu.

Menerusi catatan di Facebook, Ustaz Ebit yang berkesempatan menyelami sendiri rintihan yang disuarakan oleh golongan ini mengakui tidak dapat menahan rasa sebaknya.

Ustaz Ebit sempat turun padang menemui pemandu teksi di KLIA.

“Sayu sangat rasa ziarah driver taxi airport KLIA. Bila tengok wajah macam ayah. Macam mak. Macam abang kakak kita sendiri semuanya menangis. Berapa gaji abang seminggu ini? RM80 ustaz. Susah nak dapat trip. Sebulan ada yang dapat RM400 macam tu pun ada.

“Sebelum ni langsung tiada. Dari bulan Mac sampai sekarang tiada pendapatan langsung. tujuh bulan dah. Berhari-hari tidur dalam kereta nak tunggu dapat customer. Jika ada. Tunggu barisan.

“Tadi ramai menangis bila saya kata sabar ujian kasih sayang Allah. Bila abang-abang ni menangis saya dah makin sebak. Begitulah ayah-ayah ni. Di sebalik wajah ayah yang tegas, hampir semua menangis tadi,” tulisnya pada perkongsian tersebut.

Coretan perkongsian Ustaz Ebit selepas menemui pemandu teksi yang terkesan kerana Covid-19.

Suasana menjadi bertambah hiba apabila Ustaz Ebit turut membacakan doa dan menyampaikan bantuan makanan bagi meringankan serba sedikit beban yang ditanggung pemandu teksi ini.

“Saya dapat beri sedikit barang dapur untuk 300 orang. Mereka ada 700 orang. Abang dan kakak ni menangis. Ustaz, terima kasih datang sudi tanya khabar kami. Sudi bantu kami. Semua cakap sikit, menangis. Ya Allah… sedihnya suasana macam ni.

“Syarikat membantu dengan tidak caj kereta dan ada juga beri bantuan makanan. Masa berdoa tadi semua menangis. Bila tengok tangisan mereka teringat betapa berat ujian mereka. Begitulah ayah-ayah ni semua,” tulisnya.

Pendakwah itu juga turut memanjatkan doa memohon keampunan kerana bimbang bantuannya tidak dapat menampung keperluan golongan berkenaan.

Rata-ratanya tidak dapat menahan sebak apabila Ustaz Ebit tampil memberi sumbangan.

“Allahuakbar. Inilah kerja mereka selama ini. Doakan ye buat abang kakak ni semua. Cuma mampu beri sedikit bantuan makanan.

“Buat sahabatku semua, jika ada kawan tiada kerja tolong tengok-tengokkan ye. Bantu ikut kemampuan. Ya Allah maafkan saya. Ampunkanlah diriku ini,” tulisnya lagi.

Sehingga kini perkongsiannya meraih sehingga 2,000 tanda suka selain dibanjiri dengan komen netizen.

Rata-ratanya memuji pendekatan Ustaz Ebit dan menyifatkan pendawah berkenaan tidak perlu meminta maaf memandangkan apa yang dilakukannya semalam ini melebihi yang sepatutnya.

Ustaz Ebit terkesan apabila mendengar rintihan pemandu teksi KLIA yang tidak mempunyai pendapatan sejak 7 bulan lalu.

“Ustaz bukan menteri tapi mampu menjelajah sana sini bagi bantuan. Itu pun guna duit sendiri dan sumbangan masyarakat prihatin,” komen Umy Suliza Sulaiman.

“Jangan dipertikaikan usaha Ustaz Ebit and team. Beliau menggunakan harta beliau sendiri dan dana yang disumbangkan kepada yang memerlukan,” tulis Noora Sham Nik.

“Alhamdullillah cara ustaz bergerak macam sama dengan kisah Syaidina Umar yang kita dengar. Keluar mencari orang yang memerlukan dan segera membantu,” komen Ummu Haris.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:MSTAR

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*