Tak Payah Lagi Berebut, Dua Beradik Ini Dijemput Tiup 500 Batang Lilin

Baru-baru tular video di media sosial seluruh dunia gelagat dua beradik di Brazil yang bergaduh ketika menyambut ulang tahun kelahiran. Punca hanyalah kerana berebut meniup lilin.

Menerusi video viral itu, Maria Eduara pada hari kejadian sedang menyambut hari lahirnya yang ketiga. Dia yang kelihatan teruja dengan sambutan berkenaan dilihat sudahpun bersedia untuk meniup lilin.

Namun kakaknya, Maria Antonia yang berada di sebelah bertindak meniup lilin tersebut. Berang dengan tindakan kakaknya, Eduara telah menarik rambut kakaknya itu di hadapan tetamu.

Meskipun ramai yang beranggapan ianya lucu namun ia menimbulkan rasa kurang senang di kalangan ibu bapa. Malah, ada yang mengatakan punca terjadi perkara itu kerana kurang perhatian ibu bapa dalam mendidik anak-anak.

Selepas kejadian itu tular dua beradik ini telah dijemput hadir oleh sebuah program televisyen. Namun, tujuan utama pihak produksi menjemput kanak-kanak ini adalah untuk memberi kejutan.

Mereka menyediakan sebuah kek yang dihiasi 500 batang lilin di atasnya, untuk ditiup oleh Maria dan Eduarda. Menerusi video dikongsikan, kedua beradik itu dilihat teruja dan tidak sabar untuk meniup lilin berkenaan.

Dalam pada itu, menurut ibu mereka, Gabriela Aureluk pergaduhan ini hanyalah perkara biasa bagi adik beradik. Katanya lagi, kedua-dua anaknya itu sebenarnya sangat rapat dan saling menyayangi antara satu sama lain.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:rotikaya

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*