“Jika Usia Mereka Lebih 60 Tahun, Bukan Wang Yang Mereka Perlukan” – Iesya Toh Kongsi Nasihat Sayangi Bapa

Pengacara Iesya Toh berkongsi kata-kata nasihat mengenai kepentingan menyayangi seorang bapa.

Menurut Iesya, hanya mereka yang telah merasa kehil4ngan akan faham tentang rasa rindu tak berpenghujung yang dialaminya selepas pemerg1an bapa kandung dan bapa mertua.

Perkara itu dikongsi Iesya menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya hari ini.

“Hanya yang merasai kehil4ngan akan faham erti rindu yang tiada penghujung. Hil4ng tempat bermanja, mengusik, tempat berkongsi cerita dan kekuatan.

“Hargai Abah/Ayah/Papa/Daddy/Abi anda selagi mereka ada, jika usia mereka lebih 60 tahun, percayalah mereka bukan perlukan wang ringgit lagi, tapi hanya masa dan kasih sayang kita.

“Anda tak perlu ragu-ragu kasih sayang mereka pada anak-anak, sebaliknya usia itu anda lah yang memberi sepenuh jiwa raga untuk mereka.

“Terima kasih Abah, Al-Fatihah, Sanny Toh Bin Abdullah & Muhamad Bin Sulaiman,” tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Iesya tersentuh dengan perkongsiannya itu, ada juga yang menyedekahkan Al-Fatihah buat kedua bapa Iesya.

Terdahulu, bapa Iesya, Allahyarh4m Sanny Toh meningg4l dunia ketika menunaikan ibadah umrah pada Februari 2019, manakala bapa mertuanya, Allahyarh4m Muhamad menghembuskan n4fas ter4khir pada penghujung Ogos tahun ini.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*