Unik! Farah Nabilah Perkenalkan Nama Anak Selepas 6 Hari Bersalinn

Pelakon Farah Nabilah Saipuddin, 28, berkongsi nama anak sulungnya iaitu Andre Omar Mohamed Amirul.

Farah berkongsi nama itu selepas enam hari melahirkan bayinya.

“My precious, Andre Omar bin Mohamed Amirul,” katanya.

 

 

Farah berkongsi perkara tersebut menerusi akaun Instagramnya, semalam.

Farah juga berkongsi sebahagian wajah anaknya dan bergurau mengenai Andre Omar yang tembam.

“Ya, semua makanan yang saya pesan melalui perut mommy pergi ke pipi saya,” katanya berseloroh.

Rata-rata pengikut dan rakan selebriti turut mengucapkan tahniah dan tidak sabar untuk melihat wajah penuh Andre Omar.

Terdahulu, Farah Nabilah selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah h0spit4l swasta di Ampang pada awal pagi Khamis.

Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin, 28, berkongsi berita gembira itu menerusi instagram dan memberitahu dia dan bayi tersebut berada dalam keadaan sihat.

Farah dan suami yang juga juruterbang, Mohammed Amirul Yunus selamat diijabkabulkan pada 20 Disember lalu di Mutiara Ballroom, Royale Chulan Damansara.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*